Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Home Sweet Home

Azie 23/09/2026 Catat Ulasan


Pagi 15 May 2026 kami keluar rumah dan bergambar sebelum menaiki uber. Selamat tinggal Lucey Way. Tak pasti kalau saya akan ke sini lagi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Secara jujur saya merasa sangat sedih meninggalkan rumah ini. Setelah sekian lama tinggal di rumah yang besar, dapat tinggal di rumah yang kecil dengan dapur yang kecil adalah pengalaman menyeronokkan buat saya. 

Saya memang suka berada di rumah yang dekat dengan anak cucu. Kalau rumah saya di Kota Damansara, bilik saya agak jauh dari bilik anak cucu. Saya dapat mendengar suara Aliya dan Ammar di segenap pelusuk rumah ini. 

Pengalaman tinggal di London adalah pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakan selamanya. Kenapa saya suka tinggal di sini kerana cuacanya yang sejuk. Di mana sahaja kita berada, kita seolah berada di dalam aircond semulajadi. Memasak pun seolah memasak di dalam aircond. Tidak perlu risau untuk membayar bil elektrik yang tinggi.

Sebelum keluar saya bergambar di dalam rumah sebagai kenang kenangan. Di dapur ini lah saya memasak untuk jualan di hari minggu dan juga untuk jamuan makan makan sempena hari raya.








Pasti sekali saya akan merindui suasana berdiri di balkoni sebelah pagi melihat kesibukan anak anak ke sekolah dengan ditemani ibubapa masing masing. Di balkoni ini juga saya ralit melihat kapalterbang yang silih berganti dari segenap penjuru. Kadang kadang dapat dilihat 4 kapalterbang di ruang udara. Di situ juga saya menanam pokok kesum dan pokok herba lain seperti thyme dan rosemary. 




Sebelum menaiki kereta, Pemandu uber pun sporting tolong ambil gambar kami sekeluarga. Seperti biasa, uber menunggu kami di Linsey Laundry.  Kami bertolak ke Terminal 3 Heathrow Airport.







Dalam penerbangan Emirates ke Dubai International Airport, berkenalan dengan seorang pramugara dari Malaysia tapi base di Dubai. Sangat baik orangnya dan sentiasa datang bertanya kalau kami memerlukan apa apa. Tapi pula namanya. 




Kami kemudian transit di Dubai International Airport sebelum meneruskan penerbangan balik ke Malaysia.




Kami tiba di KLIA tengahari dan seronok melihat akhirnya train antara terminal di KLIA telah siap dan boleh digunakan. 




Sementara itu, kami makan makan dulu bersama keluarga besan yang menyambut ketibaan kami. Saya menunaikan solat di surau.





Sementara menunggu Dr Sabariah dan Haji Nasir yang kebetulan baru sampai dari percutian di Canada, 




Saya dapat melihat betapa gembiranya cucu cucu selepas setahun tidak bersua. Medina dan Haider seronok bermain dengan Ammar dan Aliya. Aliya tidak berapa ingat dengan Haider mungkin kerana ketika kami berangkat ke London, dia baru berusia 2 tahun. 




Keesokannya besan kami Dato Setia Salehuddin dan Datin Setia Nursinah datang berkunjung. Masya Allah happy bila dapat bersua muka dengan sahabat baik. 





Makan malam di Kota Damansara, aduhai setelah sekian lama tidak merasai masakan Melayu dan di sini dapat makan puas puas tanpa perlu nak buat conversion matawang. Hahaha. 




Dengan ini berakhirlah kisah hidup kami di London yang walaupun indah namun ada dukanya. Hidup agak keras juga di sana. Namun begitu, kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati kehidupan di sana dengan keluar makan makan di luar dan juga bercuti di tempat tempat menarik di UK. Kami juga berkenalan dan berkawan dengan ramai warga Malaysia yang bekerja dan menetap di UK. 

Alhamdulillah semuanya kenangan persahabatan yang indah dan manis untuk dikenang.  Dan yang paling Nana telah menamatkan program Fellowship dalam Medical retina dan kini menjadi seorang doktor dengan dua kepakaran. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan