Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Sambal Ikan Bilis Lembut Yang Sedap Versi Bonda Mertua

Azie 03/10/2026 Catat Ulasan


Baru semalam, saya menulis bab beras yang saya makan sejak kecil. Beras dari hasil padi yang ditanam sendiri oleh kedua ibubapa saya. Boleh klik di SINI. Zaman dulu bendang dibajak dengan menggunakan lembu tapi kemudian bertukar kepada jentera pembajak. 

Hari ini saya teringin nak makan nasi lemak menggunakan beras wangi. Mula mula ingat nak beli nasi lemak bungkus seksyen 6 sahaja. Tapi bila teringat masih ada beras wangi dalam stock saya memutuskan untuk memasak sendiri. 

Untuk nasi lemak ini, hanya menggunakan santan, garam, daun pandan dan sedikit minyak sahaja. Tips: untuk nasi gebu, selepas nasi masak, kacau dan gemburkan. Biarkan seketika dan tekan semula butang COOK pada rice cooker. 

Dah alang alang ada nasi lemak, kena lah buat sambal ikan bilis. Maka saya pun masak juga sambal dan goreng telur mata. Hari ni tak ada timun, jadi kita makan dengan telur mata sahaja. 



Saya belajar resipi ini dari arwah bonda Mertua. Saya suka sambal bilis seperti ini kerana ikan bilisnya lembut. Sambal ini boleh, juga dimasukkan petai hiris nipis nipis. 

Setelah lama tak merasai sambal seperti ini, baru ni saya jumpa bila beli nasi lemak bungkus Yusof Kulaan. Rasanya sama seperti yang bonda Mertua masak dulu. Saya kalau makan nasi lemak ni memang tak cukup satu bungkus. Yang pasti 2 bungkus, kalau tak 3 bungkus sambung makan tengahari. 




Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…



Sambal Ikan Bilis Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4-5 sudu besar cili kisar
2-3 biji bawang besar saiz besar - hiris
½ keping gula Melaka 
2 genggan ikan bilis
Minyak masak

Bahan lain:
Air asam Jawa
Garam
Gula secukup rasa
Santan 
1 biji bawang besar - hiris

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan buka api. Masak sehingga mendidih. 



Masukkan air asam jawa, garam dan gula. 

Setelah sambal terbit minyak, masukkan bawang hiris dan sedikit santan. 




Nota: 
Jika suka boleh masukkan petai. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan