Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Masak Lemak Daging Dg Rebung dan Bab Keagungan Cinta

Azie 01/10/2026 Catat Ulasan


Saya percaya ramai rakyat yang seperti saya yang masih terkenangkan pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah dan keagungan cinta bersama YAB Tun Dr Mahathir. Walaupun ketika menjadi seorang Perdana Menteri, beliau sangat menghormati dan menyayangi isterinya. 

Beliau mengamalkan semangat toleransi dengan memahami kekuatan dan kelemahan isterinya. Seperti biasa lah orang perempuan lambat bersiap kerana perlu ber make up, pakai tudung dsb. Tapi beliau akhirnya memilih untuk memahami kerana tahu tidak mudah untuk mengubah orang lain. Tun M kata, saya tak semacam dia, dia tak semacam saya. Tapi ada benda kita tak boleh ubah dia, kita terima lah. Tak semua benda kita kena ikut apa kita nak. Jadi Tun M dan Tun Hasmah menerima antara satu sama lain.

Bait bait lirik lagu misteri cinta yang dinyanyikan oleh TDM adalah melambangkan betapa kuatnya dan pentingnya seorang isteri dalam hidup beliau. Hari keempat, TDM ketika menziarahi Pusara Negara dari IJN, masih sebak dan menangis. 

Ramai suami di luar sana yang tidak menyayangi isteri, apa lagi menghormati isterinya. Belakang isteri boleh keluar berduaan dengan wanita lain. Tak kira lah atas apa jua alasan. Kalau ada yang ternampak, tanpa malu boleh berpesan supaya tidak memberitahu pada isteri. 

Belum kira lagi keluar bekerja sehingga larut malam, tanpa satu mesej pun untuk bertanya khabar dihantar pada isteri. Segala pengorbanan dan pertolongan isteri tidak langsung dikenang. Jika menyebut, isteri akan dituduh sebagai suka mengungkit. Ini realiti. Jauh lah nak jadi cinta agung macam Tun berdua. 

Ok lah semoga kita dapat mencontohi kehidupan Tun yang sangat sederhana tapi penuh dengan kebahagiaan dalam berkeluarga. Mereka disanjungi oleh anak dan cucu cucu. 



Saya dapat semangkuk rebung dari Puan Noriah yang dah diperam dengan garam supaya tahan lama tinggal cuma basuh dan rendam sahaja sebelum digunakan. 

Dah lama teringin nak masak rebung. Lagi sedap rebung kalau dimasak lemak dengan perut lembu. Tapi itu lah bila dengan perut, ada anak yang tak makan. 

Tapi serious lah rebung ni sangat sedap dan tak berbau macam yang biasa saya makan. Rasa macam umbut kelapa pun ya juga. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

Masak Lemak Daging Tetel Dengan Rebung
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300-400 gram daging tetel
2-3 genggam rebung
1 sudu besar ibu sambal cili padi - rujuk nota
500 gram santan segar
Garam
Asam keping

Bahan kisar:
1-2 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masukkan daging, bahan kisar dan ibu sambal ke dalam periuk. Masak sehingga air daging kecut. Tambah air jika daging belum empuk dan masak sehingga daging empuk. Nota: boleh juga rebus dulu daging sehingga empuk menggunakan periuk tekanan. 

Masukkan rebung yang telah dibasuh dan rendam terlebih dahulu. Masak sehingga air hampir kering. 




Masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya. Masak sehingga mendidih. Kemudian renihkan seketika. 


Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Boleh tengok penyediaan ibu sambal cili padi di SINI. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan