Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Memburu Wisteria Di South Kensington dan Chyene Walk

Azie 23/09/2026 Catat Ulasan

 


Alhamdulillah saya ingin menyambung lagi jalan jalan saya dan Hubby di London pada 7 May 2026. Boleh klik entri sebelum ini di Holland Park di SINIHari ini kami keluar dengan menggunakan bas sahaja. Kami mengambil bas no 1 dari Reverdy Road ke Lancaster Place dan mengambil bas no 9 di The Strand, untuk ke Palace Gate. 

Walaupun perjalanan dengan bas mengambil masa tapi saya lebih seronok kerana dapat melihat pemandangan sekeliling. Seolah city tour lah kan. Dari bus stop Palace Gate kaki berjalan sebelum membelok ke kiri dan terus berjalan sehingga kelihatan Kynance Mews di sebelah kanan jalan. Sebelum itu, nampak bangunan perumahan yang cantik, kami singgah bergambar. 


Masuk jer ke Kynance Mews akan jumpa rumah yang memang sangat terkenal di tiktok atau Instagram dengan bunga wisteria yang cantik. Tapi saya ni dah kira di penghujung musim, bunga walaupun masih ada tapi dah tak lebat dan daun pula yang kelihatan lebat menghijau. 




Kami kemudian berjalan keluar dengan membelok ke kiri dan terus berjalan sehingga bertemu cafe dan kedai dan belok ke kiri lagi sebelum membelok ke kanan dan kanan. Akan jumpa rumah di Canning Place yang juga sangat cantik. 

Lain kali saya kalau ada rezeki datang ke Canning Place dulu sebelum ke Kynance Mews. Jadi selepas Kynance Mews, boleh terus ke Queen’s Gate dan Launcheston Place yang berdekatan. Nanti kalau nak ke sini lagi, saya akan rujuk pada catatan perjalanan ini.  


Selepas Canning Place saya berjalan keluar ke bas stop RR untuk mengambil bas no 49 ke Chyene Walk/ Chelsea Embankment di Chelsea. 

Sebaik turun bas, kami berjalan di Oakley Street yang selari dengan Sungai Thames sehingga bertemu dengan rumah di penghujung yang sangat cantik. Kebetulan pintu pagar terbuka, jadi nampak jelas bunga wisteria berjuntaian di hadapan rumah. 





Kami kemudian belok ke kiri dan berjalan di sepanjang jalan ada 2 rumah yang juga menpunyai pokok wisteria yang sangat cantik walaupun dah tiada bunga lagi. 




Sebenarnya banyak lagi tempat di sini tapi saya tak sempat nak study perjalanannya. Kalau datang sini, mungkin datang dari pagi untuk cover tempat lain seperti di Elm Place, Christchurch Street dan Park Walk. 

Kami kemudian naik bas 170 di Chelsea Physic Garden dan turun di Orchard Street/Selfridges. Masuk Selfridges untuk cari coklat yang dipesan Nana dan barang Nelly, tapi tak ada. 

Jadi saya nak pula bas untuk ke Oxford Street. Kami turun di bus stand John Lewis. Kami singgah makan di Market Hall. Sebelum balik, saya masuk di Uniqlo dan Whittard. Balik dengan bas ke rumah.  Sehingga di sini dahulu, nantikan sambungannya. Salam sayang buat semua…. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan