Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Holland Park Lagi - 6 May 2026

Azie 23/09/2026 Catat Ulasan


Alhamdulillah kita sambung lagi perjalanan mencari bunga wisteria di London. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kali ini destinasi kami adalah ke Holland Park. Kami naik train dari Bermondsey dan tukar di Bond Street dan ambil train ke Holland Park Underground train station. 

Kami berjalan kaki menuruni jalan untuk ke Holland Park Mews. Tapi sayang dah tiada bunga wisteria di situ. Semua nya hanya tinggal daun sahaja. Kami kemudian berjalan ke Holland Park


Sampai di Holland Park, kami masuk ke Kyoto Garden. Ini adalah kali ketiga saya ke sini. 






Kami kemudian mencari Japanese Garden tapi tak jumpa tempat yang menpunyai bangunan dengan pintu gerbang berbentuk arch. Saya hanya bergambar di pintu  keluar yang masih ada sisa sisa pokok bunga wisteria. 





Dalam perjalanan keluar, ternampak signage bas stand untuk ke Camden Market. Saya tukar fikiran untuk ke Camden Market untuk makan di sana. 




Selepas makan, kami naik bas ke Orchard Street/Selfridges. Masuk di Selfridges tapi tak ada barang yang Nelly pesan. Keluar dan ambil bas untuk ke Harrods. Selepas beli barang yang Nelly pesan, kami keluar dan minum di Restoran Hafez Mustafa yang terletak di seberang jalan di hadapan Harrods. 




Seperti biasa, bila di Restoran Hafiz Mustaffa mesti nak makan kunafa. Teringat masa di Istanbul makan kunafa beberapa kali. Harga kunafa di Restoran Hafiz Mustaffa di London dua kali ganda lebih mahal dari Istanbul kerana faktor kadar pertukaran matawang. 

Keluar dari sini, kami berjalan ke underground train station untuk balik ke rumah. Bila petang, lebih cepat untuk menggunakan perkhidmatan train. Boleh baca entri seterusnya di SINI


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan