Alhamdulillah saya akan menyambung lagi aktiviti kami ketika bercuti di Villa Serenity pada hari kedua. Boleh baca entri sebelum ini di SINI. Sebelah pagi, kami bersarapan dengan hidangan nasi lemak yang dibungkus.
Sedap nasi lemaknya walaupun saya makan masa dah sejuk. Nasi lemak lebih sedap jika menggunakan beras biasa, bukan beras Basmathi. Sambalnya pun sedap. Cuma telur matanya yang sedikit overcooked.
Sebelum cucu cucu mula masuk ke swimming pool, kami bergambar dahulu sebagai kenangan. Lagi pulak Nelly dan Zul akan balik ke KL kerana Zul menpunyai tugasan sebagai emcee untuk majlis kawin. Mereka sampai di villa dah malam ketika kami sedang makan malam.
Sementara anak cucu mandi di swimming pool, kami berjalan jalan di sekitar villa. Banyak pokok buah yang ditanam di sekitarnya. Pastinya buah buah ini akan menjadi makanan monyet. Selain untuk menjadikan villa lebih sejuk dan lebih privasi, pastinya akan mendapat pahala juga kan.
Saya dan hubby keluar ke Family Store untuk beli bahan masakan untuk makan tengahari. Harga barang di sini sangat murah. Udang lauk yang besar 2 jari pun tak mahal sangat. Satu bag bawang besar, baru RM1.50. Macam tak percaya. Beberapa kali check harga untuk memastikan apa yang dilihat adalah betul.
Menu kami simple sahaja. Semua goreng goreng dengan garam dan serbuk kunyit sahaja. Saya goreng udang, goreng sotong dan ikan kerisi serta sayur goreng campur sahaja. Untuk kerang, saya hanya rebus dengan bawang dan serai. Semua lauk pauk ini dimakan dengan nasi lemak yang masih banyak dan nasi goreng sahaja.
Selepas makan tengahari, Villa Serenity menghantar kuih untuk minum petang. Kali ini kuih Nagasari dan kuih cucur badak. Seperti biasa kuih mereka disediakan fresh, masih panas panas dan sedap.
Selepas minum petang, kami bersiqp siap untuk ke pantai. Kami ke Pantai Blue Lagoon untuk cucu cucu bermain pasir pantai dan main air laut. Orang ramai walaupun dalam cuaca yang teramat panas. Tak banyak pokok untuk dijadikan tempat berteduh. Terpaksa memegang payung dan duduk atas tikar.
Pukul 6.00 lebih, kami balik ke villa dan masa ni monyet monyet dah siap bergayut di pokok pokok tepi swimming pool. Mereka tak kacau kita dan nampak macam rutin setiap petang mereka akan keluar mencari makan.
Anak anak dan cucu cucu sambung mandi swimming pool. Hanya masa bercuti sahaja, kita akan dapat luangkan masa bersama sama seperti ini. Jadi kita manafaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk melayan anak cucu.
Selepas makan malam, kami berehat di ruang tamu. Nelly dan Zul pun baru sampai ketika kami sedang makan malam.
Untuk makan malam, ada makanan yang ditempah dari caterer. Tapi kecewa kerana ikutkan menu masak lemak daging salai tapi yang dihantar hanya masak lemak daging sahaja. Mungkin daging dibakar tapi tiada aroma bakar pun. Kuahnya sedap dan cukup lemak. Tapi sayang lah kerana mereka tidak mengikut menu yang ditulis.
Malam tu, anak anak semua tidur awal kerana akan check out awal pagi. Siapkan baju baju yang akan dipakai. Pukul 7.30 pagi kami dah bertolak balik kerana menghadiri majlis nikah dan kawin Fahmin, anak buah saya di Shah Alam.
Villa ada menyediakan mee hoon goreng dan telur mata yang dibungkus. Tapi kami tak makan pun kerana nak cepat. Boy dan famili check out tengahari kerana mereka akan terus ke KLIA untuk penerbangan ke Perth sebelah petangnya.
Dengan itu, berakhir lah percutian keluarga yang sangat menyeronokkan kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama sama.





















Ulasan
Catat Ulasan