Telah lama kami merancang percutian keluarga setelah lebih 2 tahun kami tidak bercuti bersama sama. Nana mula membuat perancangan ketika kami masih di London. Nasib baik perancangan dibuat awal, jadi keluarga besan terpaksa adjust tarikh mereka bercuti ke Perth.
Untuk mencari banglo yang boleh memuatkan kami semua, agak sukar. Akhirnya kami sekali lagi memilih Villa Serenity kerana banglo ini menpunyai 5 bilik tidur yang besar. Nasib baik perancangan dibuat awal, jadi keluarga besan terpaksa adjust tarikh mereka bercuti ke Perth.
Aween naik satu kereta dengan kami dan Nelly bertolak pagi hari Jumaat. Kami singgah makan dulu di D’lomak yang menjual pelbagai masakan Nogori. Saya memilih daging salai masak lemak cili api, masak lemak perut dan rebung, siput sedut masak lemak, asam pedas daging tetel, ayam goreng dan keli berlado.
Tapi agak mahal juga makanan di sini. Kesedapan tu biasa seperti mana masakan Nogori yang lain. Siput sedut tak berapa sedap kerana berlendir. Keli berlado sedap sehingga kami menambah seekor lagi. Harga pun tak mahal seperti mana lauk masakan lemak.
Saya menempah donut dan karipap sardin dari penduduk situ untuk minum petang kerana saya terlupa yang villa Serenity juga menyediakan kuih untuk hidangan petang berupa karipap dan kuih koci. Kuih yang mereka sediakan di sini semuanya sedap. Mungkin kerana ianya disediakan secara homecooked, bukan buat untuk business.
Sementara menunggu Nana dan Juita sampai, Boy dan Nelly melayan budak budak kecil di swimming pool. Di sini kalau sebelah petang, memang banyak monyet akan datang untuk mencari makanan. Mereka akan datang secara gerombolan.
Secara tiba tiba seekor monyet melompat ke meja dan membawa lari bekas kuih kami. Kami semua terkejut dan ketakutan. Risau kot dibawa lari handphone, saya cepat cepat mengambil handphone dan kerepek pisang atas meja.
Dari atas pokok, nampak mata mereka masih mengintai makanan. Saya cepat menghantar kerepek ke dalam villa. Sepanjang di sini, kita kena tutup semua pintu dan tingkap. Jika tidak, monyet akan masuk untuk mengambil makanan.
Sementara itu, kelihatan monyet monyet di atas pokok makan pucuk pucuk muda dan bunga bunga hutan. Itu lah yang dikatakan haiwan liar kerana mereka tahu mencari sumber makanan tanpa perlu manusia memberi makan.
Jika diberi makan, lama lama akan mengganas jika tiada lagi makanan diberikan. Anak anak terus jer mandi di swimming pool walaupun risau juga jika mereka tiba tiba turun dan menyerang. Bila kami semua naik, monyet turun ke swimming pool untuk minum air.
Cucu cucu yang paling seronok mandi swimming pool terutama Marissa dan Aliya. Swimming pool di sini agak dalam, jadi walaupun mereka memakai pelampung, masih perlu diawasi.
Sebelah malam, diadakan BBQ dari caterer yang Nana pilih. Antara hidangannya ialah ayam bakar, sosej, kambing bakar, nasi goreng dan buah buahan.
Saya juga ada beli ikan jenahak dan ikan kembung di kedai mini Kota Damansara untuk dibakar. Berebut rebut makan ikan jenahak bakar. Sedap lah pulak dengan isi ikannya yang segar. Banyak pula makanannya. Memang tak habis lah. Nasi goreng terpaksa disimpan untuk dimakan keesokannya.
Selepas makan, anak anak dan cucu cucu mula berkumpul di bilik TV untuk pelbagai aktiviti. Ada yang berkaroeke, ada yang bermain pelbagai jenis game.
Dengan itu, berakhirlah aktiviti kami di hari pertama bercuti di Villa Serenity. Nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua….















Ulasan
Catat Ulasan