Dua hari sebelum balik ke Malaysia, saya keluar ke Regent’s Park seorang diri. Keluar untuk healing sambil merakam memori untuk kenangan. Hubby tak nak ikut kerana mahu menolong mengemas barang barang. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Kami perlu mengosongkan rumah sewa dan membuang semua peralatan yang tidak dibawa balik. Maklumlah deposit juga sangat tinggi. Rugi jer jika mereka menolaknya, jika rumah tidak dibersihkan seperti kita mula mula masuk.
Cuaca London memang tidak menentu sekejap hujan sekejap panas. Tapi saya keluar juga dengan menaiki train dan turun di Regent’s Park Underground Station.
Ketika sampai di pintu masuk ke Regent's Park, hujan mulai turun. Saya terpaksa menumpang teduh di The Royal College of Physician Buliding sehingga hujan teduh. Oleh kerana baru lepas hujan, orang tidak ramai ketika itu, risau juga bila berjalan seorang diri di kawasan jalan berhutan. Di dalam gambar di bawah ialah tempat yang terdapatnya pokok cherrry blossom yang cantik di bulan April. Boleh rujuk entri di SINI.
Saya berjalan ke arah taman yang tidak pernah saya lalui lagi dari York Bridge sehingga saya tiba di Queen's Rose Garden. Tapi bunga rose ketika itu belum banyak yang berkembang. Jadi saya tidak lama menghabis masa lama di sini. Hajat hati untuk mencari Japanese Garden di situ tapi tak jumpa.
Saya kemudian berjalan keluar melalui York Bridge dan bergambar di sini. Hujan mulai turun dengan rintik rintik. Sejuk juga bila terkena air hujan dan saya pula tak bawa payung.
Kemudian saya keluar dari Regent’s Park melalui York Gate, dan berjalan ke Marylebone Road bus stand, saya berbelah bahagi samada nak naik bas atau mengambil train. Akhirnya saya naik bas dan berhenti di New Bond's Street.
Saya berjalan jalan di sekitar sini sementara menunggu bas No 139 untuk ke Waterloo Bridge South Bank ambil bas No 1 ke Bermondsey.
Dengan ini, berakhir lah jalan jalan saya di London. Walau dalam kesedihan terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Kedatangan selepas ini pasti tidak sama lagi. Datang sebagai pelancung dengan tinggal di sini, pastinya berbeza. Pasti sekali. Nantikan entri terakhir saya di entri seterusnya di SINI.













Ulasan
Catat Ulasan