Cherry Blossom Di Regent's Park 9 April 2026
Bagai pucuk dicita ulam mendatang bila selepas memasak untuk berbuka puasa, Nana mengajak untuk ke Regent's Park untuk membawa Ammar dan Aliya bermain di playground sementara mereka sedang bercuti.
Memang banyak pokok cherry blossom yang sedang berkembang penuh dengan bunga bunga yang berjuntaian. Ada berwarna pink, light pink dan juga warna putih.
Memang ada juga bunga tulip tapi tarikan lebih kepada bunga cherry blossom.
Memang banyak pokok cherry blossom putih yang sedang berkembang penuh dengan bunga bunga yang berjuntaian.
Kalau dah bunga bunga secantik ini, memang tak jemu jemu bergambar untuk mendapat shoot yang tercantik. Ketika itu, di sana ada juga bunga lain yang sedang berbunga.
Oleh kerana dah asyik dengan bunga bunga cherry blossom, kami dah tak jadi ke playground. Sebaliknya bentang pelapik di situ sahaja. Hajat nak berbuka puasa di situ pun tak jadi kerana Ammar dan Aliya telah menghabiskan semua karipap yang dibawa.
Walaupun ada cahaya matahari tapi cuaca sangat sejuk. Rasa beku tangan. Aliya pun memasukkan tangannya ke dalam jaket ibunya dek tak tahan kesejukan.
Semasa di sini berkenalan dengan Hajar yang tiba tiba datang menghampiri kami dan menanyakan kalau mahu dia bantu ambil gambar kami sekeluarga. Semasa mengambil gambar, terdengar dia bercakap Melayu. Terkejut lah ingatkan orang Thailand atau Filipina. Hahaha rupanya orang Malaysia.
Kami kalau jumpa sesama Malaysia, memang rasa seronok sangat, bersembang macam dah kenal bertahun.
Oleh kerana dah hampir waktu berbuka dan hari pula bertambah sejuk, kami mula bergerak untuk ke Regent’s Park underground train station. Kami berbuka puasa dalam perjalanan ke sana. Makan cookies sahaja. Sampai rumah baru makan nasi dengan lauk yang telah saya masak. Sehingga di sini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya.
















Catat Ulasan for "Cherry Blossom Di Regent's Park 9 April 2026"
Add your comment