Kalau sebelum ini, saya dan Hubby berjalan jalan di London, kali ini kaki mengikut Nana ke rumah sahabat dan rakan sekerja beliau, Dr Ashraf yang sedang menjalani program fellowship di Manchester.
Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Telah banyak kali kami ke Manchester dan kali terakhir, kami ke sini ialah tahun 2022 semasa menghadiri majlis konvokesyen Juita.
Kami bertolak pagi dari rumah dengan menaiki kereta yang disewa dan perjalanan ke Manchester mengambil masa selama 4 jam. Kami hanya berhenti sekali sahaja untuk mengisi minyak dan juga untuk membeli makanan.
Sebaik sampai di Manchester, kami terus check in di airbnb dan selepas menunaikan solat, kami terus ke rumah Dr Ashraf. Kebetulan Ammar dan Aliya tak sabar nak bermain dengan Kakak Aishah dan Ahmad.
Isteri Dr Ashraf, Zeynab berasal dari Turkiye. Jadi masakan yang dihidangkan ialah masakan Turkiye. First time makan homemade masakan Turkiye, sangat sedap dan membuatkan saya teringat. Semua sedap dari appetiser sehingga ke dessert dan teh Turki.
Serious saya makan salad pun dah menambah nambah. Apa lagi lauk yang dihidang dengan nasi. Siap menambah juga. Masakan mereka banyak menggunakan sayuran seperti kentang, terung, bendi dan pelbagai sayuran.
Disediakan juga kuih ala rice pudding dengan strawberry dan juga semolina cake. Tidak lupa croissont yang di dalamnya inti sayuran spinach.
Selepas makan dihidangkan dengan teh Turki panas panas. Aduhaai nyaman. Memang pandai Zeynab memasak, semuanya secukup rasa. Lebih sedap dari masakan Turki yang kami makan semasa bercuti di Istanbul.
Turut serta adalah Dr Zati kawan mereka dari Hopsital UiTM juga yang sekarang bekerja di Dublin. Bila dah bertemu dengan geng lama, banyak lah topik yang mereka bincangkan.
Selepas makan, saya dan husband berjalan jalan di lorong belakang rumah mereka. Ternampak pula di rumah jiran meraka ada mereka ada pokok bunga wisteria yang sangat cantik dan berbunga lebat. Kebetulan jirannya ada di situ, jadi saya minta kebenaran untuk bergambar. Kemudian kami juga pusing di kawasan kejiranan mereka.
Selepas kekenyangan, mereka keluar berjalan jalan di taman dan sungai berdekatan rumah. Kami pun ikut sekali. Berjalan dalam cuaca sejuk memang lah best berbanding cuaca panas tempat kita. Cuma bila ada angin terasa lah pula sangat sejuk seihingga menggigil.
Masa kami balik, Ammar masih mahu bermain, jadi dia ditinggalkan. Kami balik dan terus ke Rump & Ribs untuk makan malam. Entah kenapa rasa nya tidak sesedap dulu.
Balik bilik dan keesokan pagi kami bersiap untuk check out dan pergi ke bandar Manchester terlebih dahulu sementara menanti restoran At Taibah dibuka pukul 11.00 pagi. Selepas makan, kami terus bertolak balik ke London.
Bila travel di UK dalam musim bunga, dapat dilihat bunga bunga cantik sepanjang perjalanan. Itu yang rasa sangat menyeronokkan.




































Ulasan
Catat Ulasan