Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Lincoln’s Inn Holborn 8 May 2026

Azie 23/09/2026 Catat Ulasan



Alhamulillah saya menyambung lagi perjalanan di Kota London bersama Hubby. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saya masih belum berputus asa untuk mencari pokok bunga wisteria. Memang rasa terkilan juga kerana tidak memburunya di pertengahan April hari tu. Mungkin kerana Aween belum sampai dan saya pula tidak pernah lagi ke mana mana seorang diri kecuali ke Oxford Street dan kawasan berdekatan sahaja. 

Kami keluar rumah selepas solat Jumaat dengan mengambil bas no 1 di Reverdy Road. Saya memang suka berjalan ke mana mana dengan bas berbanding train walaupun masa perjalanan yang panjang kerana saya suka melihat pemandangan dan bangunan cantik di England. 

Kami mengambil Bas no 1 dan turun di Holborn bus stop. Lintas jalan dan jalan terus sehingga hujung, belok kanan dan jalan lagi belok kiri masuk ke bangunan Ashworth Centre. 






Di situ ada 3 tempat di mana ada pokok bunga wisteria. Semua pun dah hampir tiada bunga. Tinggal daun jer lebat. Yang di bawah ini pokok yang utama dan sangat cantik ketika bunga sedang lebat. 



Yang pokok kedua untuk gambar di bawah ini. Kedua dua nya bunga wisteria warna ungu. Tapi untuk pokok ini pun, kita boleh melihat dari kejauhan sahaja.  Ianya terletak di bahagian bawah. 




Manakala pokok ketiga, berwarna putih masih lebat tapi tak boleh dekat pun kerana pokok terletak di tepi bangunan pejabat yang terletak di paras rendah dari jalan.  Tak ada tangga pun untuk turun. Maksudnya tiada yang dibenarkan turun kecuali pekerja yang menjaga taman di sini. 




Cantik sangat bunga wisteria putih ni kerana ianya masih lebat tapi sayang sebab dapat pandang dari kejauhan sahaja. 



Selepas itu, kami berjalan keluar di tepi bangunan universiti LSE dan ambil bas balik ke rumah. Kami singgah makan fish & chips dan pizza di kedai di Bermondsey. Kami kena balik cepat kerana sebelah malam, kami kena mengemas pakaian untuk dibawa ke Manchester pagi keesokannya. 

Ok sehingga di sini dahulu dan jauh di dalam hati, saya redha dan menerima hakikat yang saya dah terlepas musim bunga wisteria kerana salah saya sendiri yang dari awalnya tidak beria pun nak tengok bunga ini sehingga saya dan anak ke Belgravia Square. Itu pun tak beria dan tak kisah pun. Walhal banyak jer masa ketika itu. 

Maka dengan ini, saya menghentikan pencarian bunga wisteria tahun 2026.   Adalah hikmah nya tu. Wallaahuallaam. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan