Alhamdulillah setelah selesai majlis pernikahan dan resepsi di sebelah kami yang diadakan pada hari yang sama di Putra Glass Hall pada 18 Julai 2026, diadakan pula majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pada 1 Ogos 2026 di Dewan Majestique Palace Axis di Axis Crown, Ampang Jaya.
Rombongan kami hanya famili dan 2 pasangan BFF sahaja. Alhamdulillah kerana di sebalik kesibukan mereka, Senator Dato Setia Salehuddin dan Dato Wan Nazari telah sudi meluangkan masa untuk hadir majlis resepsi ini. Kami sangat sangat menghargainya. Mereka sporting datang dengan pakaian tema berwarna hijau emerald.
Perarakan masuk kedua dua pengantin bermula pukul 12.30 tengahari di mana kedua pengantin memakai songket berwarna grey dengan tema tradisional. Semuanya dipilih oleh Nelly sendiri. Saya tahu apa yang dipilihnya adalah yang terbaik untuk dia.
Malahan bila melihat Nelly, saya terus berkata cantiknya Adik. Make upnya sangat natural tetapi menyerlah kecantikan dia. Nelly tidak memilih designer atau MUA yang terkenal pun. Begitu juga dengan photographer, semua yang sedang sedang sahaja. Sahabat saya juga berkata, macam Azie waktu muda lah. Hahaha ye ke.
Oleh kerana Zul aktif dalam persatuan silat, acara sanding dimulakan dengan persembahan silat oleh ahli ahli silat. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara salam restu oleh kedua ibubapa dan juga oleh tetamu istimewa.
Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Dato’ Haji Aznil Nawawi dan juga pembantu kepada Dato Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Setiawangsa.
Selepas jamuan makan, diadakan sesi memotong kek perkahwinan. Kemudian diadakan sesi bergambar untuk keluarga dan sahabat handai. Selepas sesi bergambar keluarga, kami mula berangkat balik.
Alhamdulillah syukur kerana akhirnya kedua dua majlis telah selamat dilangsungkan. Syukur kerana akhirnya Nelly telah ditemukan dengan seorang yang boleh menyayangi dan menerima beliau seadanya. Zul juga sangat matang dan pandai mengambil hati kami sekeluarga terutama cucu cucu saya sehingga semuanya sangat rapat dengan dia.
Sebagai ibu, doa saya semoga kedua dua mereka berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kepada yang mencari khidmat emcee untuk majlis perkahwinan atau apa apa majlis, boleh hubungi Zul di Instagram @emcee.zul. Akhir sekali, semoga rumahtangga mereka bahagia dan berkekalan sehingga ke jannah. Aamiin.





















Ulasan
Catat Ulasan