Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Daging dan Malang Tidak Berbau



Betul kata orang malang tak berbau. Saya terseliuh ketika di taman bersama cucunda saya Aliya Hajar. Ketika mengejar dan cuba menolak dia menaiki jalan berbukit, tanpa saya sedar Aliya dah menarik brek dan berhenti sepenuhnya. Sedang saya berlari dan kaki terseliuh selepas melanggar basikalnya. Akhirnya saya dimasukkan ke hospital untuk rawatan tulang kaki dan ligamen yang mengalami kecederaan. 

Semua ini telah tertulis dalam aturan takdirnya. Ianya pasti berlaku pada masa dan waktu yang tepat. Cuma kali ini saya merasa sangat sedih dan down walaupun ianya adalah satu kemalangan. 

Saya semasa di London pun beberapa kali near miss seliuh kaki ini. Kaki sama yang pernah saya jalani operation kerana ligamen terputus dan tulang patah. Saya MC hampir 3 bulan sehingga bonus dan prestasi kerja juga terjejas teruk. Tapi oleh kerana ianya berlaku dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, saya dapat buat tuntutan dari PERKESO. Hampir 2 tahun juga, baru kaki ini betul betul pulih. Yang paling tak tahan, kaki saya perlu diangkat tinggi bagi mengelakkan bengkak dan berdenyut seperti digigit semut. 

Apa pun saya bersyukur kerana ianya tidak terjadi sewaktu saya berada di London. Maklum untuk mendapat rawatan ini di sana pastinya agak mencabar kerana sistem kesihatan yang berbeza dan kos dalam pound juga akan menjadi lebih tinggi. Alhamdulillah Allah Maha Mengasihani. 

Cuma bila dibuat xray, didapati saya juga mengalami masalah kekurangan kalsium. Jadi kepada wanita, ambil lah kalsium dengan vitamin D untuk mengelakkan masalah osteporosis dan masalah tulang mudah patah bila terjatuh atau terseliuh. Ambil juga vitamin C dengan Zink serta magnesium. 

Wanita Islam yang bertudung kurang mendapat vitamin D yang datang dari sumber cahaya matahari kerana cara pemakaian kita yang tidak terdedah kepada matahari. Jadi ambil lah supplement D ini, selain madu. Vitamin D sangat penting untuk memastikan keberkesanan supplemen kalsium. 

Kadang kadang suatu ujian memberikan kita pengajaran pada perkara lain. Doakan agar saya cepat sembuh dan boleh kembali berjalan seperti biasa. Jom masuk bab resipi pula. 


Saya memang suka menyediakan nasi atau mee atau mee hoon goreng menggunakan daging sebagai perencah. Oleh kerana ada daging korban, saya masak nasi goreng dengan daging. 

Aduhai sedap sangat. Lagi satu citarasa dan tekak saya sekarang lebih kepada nasi menggunakan beras biasa. Teringin nak makan nasi lemak yang dimasak menggunakan beras biasa. Pada saya ianya lebih sedap dan suka nasi goreng yang sedikit moist. Bila masak sendiri, kita boleh ikut citarasa masing masing. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…



Nasi Goreng Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
Daging secukupnya - hiris nipis
1 biji telur
4-5 ulas bawang putih - cincang
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging dan kacau sehingga daging empuk. 

Masukkan bawang putih yang dicincang dan tumis sehingga keperangan. Masukkan telur dan kacau rata. 

Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukupnya. Kacau sehingga berasap, boleh tutup api. 

Nota:
Jika suka boelh goreng telur terlebih dahulu menjadi telur scramble. Telur dimasukkan selepas nasi goreng dah masak sebelum diangkat. Jadi warna nya menjadi lebih menarik. 

Catat Ulasan for "Nasi Goreng Daging dan Malang Tidak Berbau"