Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Telephone Booth 28 April 2026



Assalamualaikum, saya akan menyambung lagi perjalanan di sekitar London bersama Aween dalam bulan April 2026. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saya menggunakan sepenuhnya masa dan bulan bulan terakhir di London. Tanpa Aween, saya agak sukar untuk keluar dengan Nana. Maklum lah kalau dengan membawa budak budak, memang mereka adakalanya akan meragam.

Kami naik train dari Bermondsey ke Westminster underground train station untuk jalan jalan di Westminster. Dah banyak kali saya mengajak Nana dan Aween untuk bergambar di telephone booth berlatarbelakang kan Big Ben dan Westminster bridge. Tapi setiap kali orang beratur panjang.

Ada 3 telephone booth yang berlatarbelakangkan Big Ben dan Westminster Bridge. Yang paling depan, paling panjang orang beratur. Dan yang paling belakang, paling tak ramai kerana big ben dah terlindung dengan pokok yang besar di situ.



Saya mengajak Aween untuk beratur di ketiga tiganya. Hahaha beratur dalam kepanasan. Selepas itu, kami berjalan kaki ke St James's Park yang terletak tidak jauh dari situ. Itu pun tidak lama. Duduk sekejap dan bergambar sebelum ambil bas untuk ke Oxford Street. Saya singgah di Primark untuk mencari seluar panjang untuk basahan.



Kami kemudian berjalan kaki untuk makan di Gopal di Market Hall yang terletak di belakang John Lewis Shopping Mall. 


Selepas makan, Aween mengajak untuk berjalan kaki ke Paddington Street. Angin kuat sangat sehingga kita pun rasa seperti nak melayang terbang sekali.  




Dari sini, kami berjalan ke bus stand untuk mengambil bas balik ke rumah. Sepanjang di London, saya banyak berjalan kaki ke sana sini. Mula mula memang lah terasa sangat penat tapi lama lama, dah menjadi biasa untuk berjalan dengan laju. 



Catat Ulasan for "London Telephone Booth 28 April 2026"