Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jalan Jalan Di Regent's Park 27 April 2026



Assalamualaikum. Hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan saya di London bersama Aween. London sahaja banyak sekali tempat menarik yang boleh dikunjungi. Apa lagi yang suka bergambar kerana bangunan dan pemandangan di sini semuanya cantik cantik. 

Kami keluar selepas solat Zohor. Saya masak rendang Minang dulu untuk dimakan dengan nasi impit. Saya sebenarnya sediakan nasi impit untuk dimakan dengan kuah kacang. Jadi alang alang, masaklah rendang juga. Rendang minang ni memang sedap dan dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Jangan lupa dapatkan resipi di entri sebelum sebelum ini. 

Kami naik train turun di Baker's Station dan tukar ke line Bakerloo untuk ke Regent's Park station. Hari ini santai santai kerana cuaca pun agak warm. Saya tak pakai inner dan tak bawa jaket pun. 



Kami berjalan masuk ke Regent's Park tetapi tiada yang menarik. Memang masa saya datang dengan Nana dan famili hari tu adalah waktu yang tepat dengan bunga cherry blossom yang sedang mekar berkembang. Bunga bunga tulip juga sedang mekar dan cantik. 



Kami berjalan jalan dan dimaklumkan bahawa hari ini hari pembukaan Queen Elizabeth II Garden dan sempena pembukaan pengunjung diberikan buku percuma



Taman masih belum matang dengan pokok yang baru ditanam. Jadi kena datang lagi untuk melihat selepas bunga dah besar.





Kami hanya duduk duduk sahaja di bahagian tengah garden. Itu pun tak lama sebab panas. 





Lain dengan orang British, mereka suka duduk santai sambil membaca di bawah panas matahari. Selepas bergambar, kami berjalan balik. 


Kami kemudian naik bas ke Picadilly Circus kerana aween nak ke Lily White. Saya memang dah lama tak sini.


Kemudian kami berpecah di mana saya ke Selfridges dan Aween mencari pakaian sukan sepanjang Oxford Street. Kemudian Aween datang di Selfridge dan kami berjalan ke Feya.




Di sini kami order celebration platter. Memang besar portion untuk dimakan dua orang. Masa datang dengan Juita hari tu, makan 6 orang. 




Kami kemudian balik naik train untuk cepat sampai. Kalau naik bas memakan masa lebih lama. 




Catat Ulasan for "Jalan Jalan Di Regent's Park 27 April 2026"