Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Aktiviti Di Devon 4 April 2026


Assalamualaikum kita bersua lagi. Selepas selesai ke Castle Combe, kami meneruskan perjalanan ke Devon. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kami ke Exeter untuk mencari makan di restoran untuk makan pasties dan juga scone yang sangat terkenal di sini. 




Masa tengah makan, terjadi detik cemas bila tiba tiba seekor anjing berlari masuk dan pergi menempel ke meja meja. Kebetulan meja kami dekat dengan pintu masuk. Nasib baik anjing itu pergi ke meja orang belakang dan menggosok badan minta dibelai. 

Saya risau kalau dia datang pula ke meja kami. Ya lah orang sana bukan tahu kita tak boleh bersentuhan dengan anjing. Pada mereka, ooh ok anjing tak gigit orang. Tapi kita tengok anjing terjelir jelir lidahnya, memang seram. Lepas tu, baru nampak tuan anjing masuk cafe dan mengarah anjing keluar. Di sini banyak anjing berjalan bebas tanpa diikat. 

Selepas makan kami berjalan menyusuri sungai dalam perjalanan untuk check in di tempat penginapan. Kelihatan lah boat besar di pelabuhan sini. Dalam hati berfikir, mesti fish and chips sedap dan fresh di sini. 




Di Devon kami mengambil caravan sebagai tempat penginapan. Saya suka caravan kerana ianya memberikan pengalaman berbeza dengan penginapan di hotel atau airbnb. 


Sarapan hari pertama kami ialah nasi goreng berlaukkan ikan bilis goreng dan telur mata. Juga disediakan roti bakar dengan garlic butter yang merupakan kegemaran Ammar dan Aliya. 








Selepas sarapan, kami bertolak ke Jurrasic Coast atau dikenali juga sebagai Dinousor Coast di Pantaii Exmouth yang menpunyai sejarah 185 ribu tahun cliff sepanjang 95 batu panjang di East Devon dan Dorset. Semasa berjalan jalan di tepian pantai, terjumpa dan berkenalan dengan Mimi dan suami serta anaknya.  


Kami kemudian berjalan sama sama untuk mendaki ke bahagian atas cliff yang lebih cantik pemandangannya. Cuma terasa gerun sedikit dengan angin kuat yang seperti mahu menerbangkan tubuh kita. 

Nasib baik jalan nya membukit berbanding dengan jalan yang dibina tangga.  Alhamdulillah tidak lah terasa penat kerana jalannya membukit sahaja. 




Bila rasa penat, kami berhenti seketika sambil membaca maklumat yang disediakan dan bergambar. 
 





Tidak lama pun kami berada di atas kerana angin yang sangat kuat. Risau juga dengan anak anak kecil. Kami kemudian turun ke pantai. Kalau waktu tertentu, air pasang dan akan memenuhi kawasan berbatu. Boleh dilihat pada lumut lumut yang tumbuh pada batu batu di situ.





Sebelum beredar, saya bergambar dahulu di sini sebagai kenangan. Cantik dengan kombinasi bukit dan pantai.


Kami kemudian beredar untuk mencari tempat makan tengahari. Kami makan fish& chips di Rockfish Fish & Chips. Sedap kerana ikannya yang segar dan masih juicy.  Harganya agak mahal sedikit iaitu dalam 25-30 sepinggan.





Selepas makan, terus bertolak balik ke tempat penginapan. Aduhaai memang kekenyangan, rasa nak tidur jer. OK setakat ini dahulu, semoga kita bertemu lagi di entri seterusnya. 




Catat Ulasan for "Aktiviti Di Devon 4 April 2026"