Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Keindahan Bunga Tulip Di London 2 April 2026


Asslamualaikum. Kita bersua lagi. Alhamdulillah. Juga terima kasih kepada pembaca blog saya yang telah sudi klik iklan yang keluar di blog. Sehari selepas balik dari York, Nana mengajak ke Victoria Embankment Garden untuk melihat bunga bunga tulip. Boleh klik entri percutian kami di York di SINI.  Siapa jer tak teruja bila melihat bunga tulip yang cantik beraneka warna kan? 

Kalau dari rumah kami untuk ke sini, hanya perlu mengambil bas nbr 1 dari Reverdy Road  dan berhenti di Lancaster Place. Turun tangga dan berjalan ke arah kanan sehingga bertemu dengan Victoria Embankment Garden. Ianya adalah arah bertentangan dengan Eyes of London. 



Bila dah ke sini, apalagi kalau tidak bergambar kan. Tak perlu nak pergi ke Keukenhof di Armsterdam dan tak perlu bayar tiket masuk yang mahal. Lagi lagi kalau yang dah pernah pergi ke sana. Bunga bunga tulip yang pelbagai spesis pelbagai warna sama sahaja cantiknya bila berkembang penuh. 

Hahaha tapi saya dah pernah pergi ke Keukenhof yang sangat luas dan besar. Dalam satu tempat, semua spesis ada. Cuma bila dah lama lama berjalan, kaki dah penat. Tulip cantik pun dah tak rasa teruja lagi. Kalau di London ni, tak lah sebanyak di Keukenhof. Cuma saya dah ada di London, pergi jer lah tengok tulip di sini.




Ada juga bunga tulip yang ditanam di dalam pasu selain yang memang ditanam di atas tanah. Masya Allah semua cantik cantik. Hebat penciptaan bunga bunga yang boleh membuatkan hati gembira bila memandangnya.





Saya perhatikan di sini, malah di mana mana jer di London, mereka suka berbaring di atas rumput. Jadi kalau duduk di tepi bunga ini memang sangat santai. Cuma saya tak tahan matahari, bukan macam mat saleh yang memang sukakan matahari. Banyak juga bangku disediakan untuk kita berehat sambil melayan kecantikan bunga tulip.





Semasa di sini, saya dan Nana jer yang berjalan jalan sementara Alain dan cucu cucu bermain di playground. Jadi photographer saya hari ini ialah anak saya sendiri. 





Dah kat sini, kita layan gambar gambar jer lah. Jom tengok jer gambar gambar saya dengan bunga bunga tulip. Saya memang suka gambar yang ada orang kerana kalau sekadar bunga, banyak jer dalam google. Bila ada wajah kita, barulah jadi kenangan kita. 




Selepas di situ, kami berjalan ke The Strand dan ambil bas untuk ke Big Ben. Selalu lalu jer di Beg Ben tapi tak ada lah pulak nak turun bergambar pun. Nantikan entri selepas ini.



Catat Ulasan for "Keindahan Bunga Tulip Di London 2 April 2026 "