Bermain Snow Di Cairngorms Day 4
Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua follower dan pembaca blog Azie Kitchen. Semoga tahun ini memberikan segala kebaikan dan kebahagiaan buat anda dunia dan akhirat. Aamiin. Hari ini saya ingin menyambung catatan percutian kami ke Inverness dan Aviemore.
Hari ini adalah hari kedua untuk naik ke Cairngown bagi bermain salji lagi, kami keluar rumah selepas sarapan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Kami sampai di base station dalam pukul 9.30 pagi. Orang tak ramai mungkin kerana ramai yang bercuti sempena menyambut Krismas esoknya. Kami terus ambil train untuk naik ke atas. Orang belum ramai juga.
Hari ini Aliya dah mula nak tunjuk berani depan Ammar kerana semalam dia dah naik ke sini bersama saya. Boleh tengok gambar dia di bawah. Tanpa disuruh pun dia nak berbaring atas snow.
Kemudian Nana, Alain, Ammar dan Aliya berjalan naik ke Cairngom summit yang tinggi dan curam. Saya hanya menunggu di bawah sahaja. Memang tak berani nak memanjat. Bukan sahaja tinggi tapi cuaca memang sejuk giler.
Saya menunggu mereka turun untuk ambil gambar mereka semasa sedang menuruni bukit. Tapi tak juga muncul. Saya pula dah membeku. Akhirnya ada sorang wanita yang turun memberitahu pemandangan di atas sangat cantik dan tak sejuk. Ooh patutlah lama benar Nana ada kat atas. Saya ingat lagi sejuk dan mereka tak akan lama berada di atas.
Selepas mereka turun, baru kami berjalan masuk ke restaurant untuk makan tengahari. Ramai orang di sini kerana selain nak makan, mereka juganak mencari tempat yang tidak sesejuk di luar.
Selepas makan, Ammar dan Aliya sambung bermain salji lagi. Di sini salji yang asal bukan manmade. Lebih gebu dipijak bila orang tak ramai.
Sebelum pukul 2.30 petang kami mengambil train untuk turun. Ini adalah kerana train beroperasi sehingga pukul 4.30 sahaja. Maklumlah esok mereka akan menyambut Hari Krismas.
Dalam perjalanan balik airbnb, kami singgah lagi di Loch Morlich Beach tempat kami melihat itik sebelum ini. Itik itik ni kelaparan agaknya. Bila nampak jer kami, terus itik berlari menuju ke arah kami. Air sungai dah mulai membeku menjadi kepingan ais. Bila dipegang, jadi kepingan besar.
Sehingga di sini dahulu, jangan lupa sambungan di entri akan datang. Salam sayang buat semua.























Catat Ulasan for "Bermain Snow Di Cairngorms Day 4"
Add your comment