Hari Skiing Di Cairngorms Day 3
Alhamdulillah kita bersua lagi. Hari ini adalah hari sangat mengujakan bagi Ammar dan Aliya kerana mereka sangat tak sabar untuk bermain snow. Kata Ammar this is my first time. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Pagi pagi selepas sarapan kami bersiap kerana kami perlu sampai di Cairgorms sebelum pukul 9.00 pagi. Bukan senang untuk bergerak dengan peralatan ski yang banyak. Sebaik sampai, orang dah ramai pun.
Saya dan Aliya menunggu sehingga Nana, Alain dan Ammar berjalan ke kawasan ski bersama ski instructor mereka. Aliya menangis nak ikut. Mungkin dia rasa pelik kenapa dia tak dibawa bersama walaupun dah siap berpakaian lengkap baju untuk snow.
Saya memujuk Aliya sambil mengajak dia ke tempat train untuk naik ke mountain. Kebetulan ketika itu juga ada group famili dari Jakarta bersama menaiki train untuk naik bermain snow.
Sebaik sampai di atas, saya terus membawa Aliya keluar ke kawasan untuk bermain snow. Memang sejuk berkabus. Kali pertama memijak snow, Aliya nampak excited lagi lagi bila melihat anak anak dari famili Jakarta yang mula bermain gelonsor atas salji.
Tapi Aliya tak berani nak duduk atau berbaring di atas snow. Bila pertama kali dia terjatuh dan terduduk atas snow, dia menangis. Mungkin kerana tidak tahu bahawa jatuh di snow itu adalah perkara biasa dan mungkin juga dia rasa malu bila jatuh di hadapan orang ramai. Tapi saat ini pasti akan dikenang selamanya dan segar dalam memori saya.
Tapi selepas itu, dia sendiri yang menjatuhkan dirinya di atas salji dan mula bermain main mengorek ais sehingga lembab glove yang dipakai. Kemudian membaling ais kepada saya.
Lega melihat dia dah OK. Dia pun dah mula senyum bila saya mengambil gambar dia. Saya cuba sebanyaknya merakam gambar Aliya sebagai kenangan pertama kali dia bermain snow.
Selepas melihat kedua dua belah pipi Aliya dah kemerahan, saya membawa dia masuk. Kami masuk ke restoran dan panik bila melihat Aliya tersandar di kerusi dengan lemah sehingga air pun dia tak mahu minum.
Saya kemudian order hot chocolate. Selepas itu baru Aliya bangun dan menuju ke kaunter makanan menunjukkan kepada kek.
Selepas dia makan kek dan kentang goreng, kami pindah ke tempat yang ada sofa di tepi heater. Lagi pulak lebih selesa untuk Aliya duduk di sofa kalau dia nak berbaring.
Datang couple Mat Saleh di sofa depan kami. Dan dia pulak seronok melayan Aliya. Selepas dia pergi, datang pulak couple muda Mat Saleh. Kami bersembang berkenaan KLCC. Dia menanyakan tentang tiket penerbangan ke Malaysia.
Selepas dia pergi, datang pula famili dari Bangladesh duduk di situ. Haa tiga group berganti. Saya perlu duduk lama kerana nak bagi Aliya berehat. Lagi pulak, saya bawa bag yang berat juga. Aliya kemudian tidur dan saya biarkan dia tidur dalam setengah jam sebelum mengejutkan dia untuk bangun.
Dalam mamai dia keluar tapi sebaik melihat snow, dia terus jaga dan terus naik ke snow untuk bermain. Kali ini dia lebih enjoy dengan siap menggelonsor dan berbaring lagi.
Saya kemudian ikut duduk di atas salji sambil berbaring dengan Aliya. Hahaha bila pakai baju khas untuk salji, memang best dan tak terasa sejuk pun.
Saya terpaksa meminta tolong orang yang lalu di situ untuk mengambil gambar kami berdua.
Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, saya mengajak dia turun. Tapi dia pulak tak nak turun katanya tunggu ibu datang.
Bila nak berjalan keluar pun, saya berjalan atas rumput untuk cepat dan elakkan slippery, Aliya mengajak berjalan atas snow. Katanya tak licin.
Kami kemudian terus ke tempat train yang memang sedang menunggu untuk berlepas turun.
Semasa dalam perjalanan turun, nampak Nana, Alain dan Ammar masih di tempat ski. Kami naik ke tepi restoran untuk melihat dari jauh.
Kami kemudian turun untuk berjumpa Ammat yang dah berehat. Aliya dan Ammar bermain snow di tepi jalan masuk ke tempat ski. Tapi di sini agak bahaya kerana orang yang bermain ski boleh meluncur atau terjatuh. Jadi saya terpaksa menjaga dan berhati hati setiap kali ada yang turun ke bawah.
Selepas itu, kami berjalan balik. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Kedai Mountain Warehouse untuk beli seluar winter untuk Aliya yang akan dipakai esok.
Balik rumah, saya terus ke dapur untuk memasak nasi dan memanaskan lauk. Selepas makan, kami memotong kek sempena Hari Jadi dan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Nana dan Alain. Mama doakan semoga kakak diberika segala kebaikan di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aamiin.
Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Salam sayang buat semua….


































Catat Ulasan for "Hari Skiing Di Cairngorms Day 3"
Add your comment