Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Berakhir Percutian Inverness December 2025

 


Alhamdulillah. Saya hari ini telah tiba ke catatan hari terakhir percutian kami di mana kami berangkat balik ke London. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sesampai di London, membuat final packing untuk kemudian balik ke Malaysia bagi urusan majlis pertunangan Nellisa. 

Kami keluar airbnb pukul 7.00 pagi terus ke Inverness Airport. Flight British Airways 1421 pukul 11.00 pagi. Kami sampai di Terminal 5 Heathrow International Airport pukul 13.25 tengahari. Ketika  check in, tak ramai orang  pun. 


Kami tak sempat sarapan pun di airbnb. Jadi kami bekalkan sandwich kerana tak pasti kalau ada cafe yang buka di Inverness Airport yang memang kecil dan hari Krismas pula. Lagi pulak kalau pun ada makanan, kena tengok pula kalau ianya boleh dimakan. 

Kami sampai di airport pukul 8.15 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Semua pun masih tutup. Cafe pun masih belum dibuka. 

Selepas drop luggage dan masuk, baru ada cafe yang dibuka. Kami hanya order hot chocolate sahaja. Kenyang makan sandwich tuna yang dibawa dari airbnb. 

Ketika menunggu untuk masuk, berjumpa dengan famili Datin Dr Zaharah dari Malaysia. Orangnya sangat ramah dan walaupun pertama kali bersua tapi seperti dah lama kenal. 



Kebetulan dalam flight pun, kami dan Datin Dr Zaharah duduk sebaris. Dapat sambung bersembang. 







Sehingga di sini dahulu, maka berakhirlah percutian penutup tahun 2025 untuk kami di Inverness Scotland. Boleh klik entri hari pertama di SINI. Salam sayang buat semua....


Catat Ulasan for "Berakhir Percutian Inverness December 2025"