Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jalan Jalan Di Istanbul Day 6



Assalamualaikum, kita bersua lagi. Kali ini kami berada di Istanbul untuk kali kedua. Kali pertama, kami hanya bermalam satu malam sahaja sebelum bertolak ke Cappadocia. Boleh klik entri di Istanbul di SINI. Jangan lupa untuk baca entri di Bursa sebelum ini di SINI.


Hari ini saya akan menyambung aktiviti hari pertama kami di bandar Istanbul selepas balik dari Cappadocia dan Bursa. Kami diturunkan di depan Marmara Universiti dan berjalan ke Walled Obelisk yang merupakan Roman monument yang terletak berdekatan dengan Blue Mosque. Ada beberapa monuments yang berdekatan di situ.








Selepas bergambar di Walled Obelisk dan monuments di situ, kami masuk ke Blue Mosque atau dikenali dengan Sultan Ahmed Mosque dibina antara tahun 1609 dan 1617. 


Untuk masuk ke sini, kena beratur yang agak panjang. Boleh tengok dalam 2 gambar di bawah. Nasib baik cuaca sejuk, jadi walaupun beratur lama, tak terasa penatnya. 



Masjid ini adalah antara iconic monuments senibina Ottoman. Masjid ini menpunyai kubah tengah dan dikelilingi oleh 4 semi dome di ruang solat. Di tengahnya terdapat ruang courtyard yang luas dengan 6 tiang menara. Ianya dihias dengan jubin bermotif bunga berwarna biru.




Dekorasi dalam masjid ini sangat cantik. Boleh dilihat dari tiang dan juga ruang silingnya. Orang terlalu ramai, memang tak dapat nak mengambil gambar penuh. Dapat bergambar sekeping dua sebagai kenangan pun dah memadai. 

Keluar dari ruang solat masjid, kami berjalan ke ruang courtyard di mana ada dipaparkan informasi basic berkenaan agama Islam, Al Quran dsb. Walaupun basic, percayalah jika ditanya tidak semudah itu kita menjawabnya. Jadi kami mengambil masa membaca setiap informasi tersebut. Banyak lagi, tapi saya cuma kongsikan beberapa jer untuk kita semua baca. 




Kemudian, baru kami turun dan bergambar di ruang tengah Blue Mosque yang sangat cantik ini. Lihat sahaja bentuk kubah dan tiang menara di dalam gambar di bawah. Sangat cantik senibina dan rekaan masjid ini. 



Keluar dari Masjid Biru, kami berjalan pula ke Masjid Aya Sofya yang terletak berdekatan sahaja. Saya akan sambung berkenaan Masjid Aya Sofya di entri seterusnya. Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Salam sayang buat semua…


Catat Ulasan for "Jalan Jalan Di Istanbul Day 6"