Hagia Sophia Grand Mosque Day 6-1
Alhamdulillah kita bersua lagi. Kalau entri sebelum ini, saya kongsikan berkenaan monuments yang terdapat di Istanbul dan juga Masjid Biru, kali ini saya sambung berkenaan Masjid Hagia Sophia pula. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Saya mulai teringin untuk melihat kecantikan masjid ini selepas melihat filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani dan Beto Kusyairi. Saya memang tidak jemu menonton filem ini berulang ulang kali kerana lakonan Lisa sangat bersahaja dan dia pun sangat manis. Di dalam teksi semasa dalam perjalanan ke Istanbul, pemandu teksi menunjukkan masjid Hagia Sophia kepada Lisa di mana riak muka Lisa ketika menyebut tak sabar, tak sabar, tak sabar sangat comel. Dan di akhir cerita ditunjukkan babak mereka bergambar dengan pakaian pengantin di perkarangan masjid Hagia Sophia.
Masjid Hagia Sophia yang sangat terkenal dengan keindahan senibinanya tidak dikenakan bayaran masuk untuk muslim yang hendak menunaikan solat. Kena beratur dan masuk ke pintu khas. Kalau untuk non muslim mereka kena membeli tiket sebelum dibenarkan masuk.
Saya dan Nana masuk ke ruangan solat muslimat tapi kami tidak dibenarkan masuk ke ruangan solat utama. Hanya wanita Turki sahaja dibenarkan masuk ke ruangan solat utama selepas menunaikan solat.
Sedih lah juga tak dapat masuk kan. Tapi tak mengapalah, dapat melihat dari sebelah ruang solat wanita pun OK lah. Ianya dipisahkan dengan almari dan rak Al Quran dan kitab kitab.
Bila keluar, saya bergambar lah di depan pintu masuk. Memang cantik binaan masjid ini, tengok sahaja batu batan yang digunakan untuk dinding masjid. Berwarna pinkish yang sangat cantik kalau untuk dibina dinding rumah kita. Tak pasti kalau ianya dari marble.
Orang lelaki dapat masuk ke ruangan solat utama, jadi saya melihat gambar Hubby yang diambil oleh Ammar. Memang cantik sangat. Berada di dalam masjid membuatkan hati rasa tenang walaupun seketika.
Selepas keluar dari Masjid Hagia Sophia, kami berjalan melalui jalan jalan di sekitar bandar untuk mencari tempat makan tengahari dan melihat orang beratur yang sangat panjang untuk masuk ke Basilica Cistern. Agaknya mereka mengambil kesempatan sempena hari cuti untuk bersiar siar. Restoran yang kami pergi juga ditutup, jadi kami berjalan mencari restoran lain.
Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Salam sayang buat semua…








Catat Ulasan for "Hagia Sophia Grand Mosque Day 6-1"
Add your comment