Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Semoga Bertemu Lagi Cappadocia Day 4



Alhamdulilah kita bersua lagi dengan catatan perjalanan saya ke Turki pada 27 Oktober 2025. Hari ni adalah hari ke4 juga merupakan hari terakhir kami di Cappadocia. Hari di mana kami akan meninggalkan Cappadocia. Boleh klik untuk entri sebelum ini di SINI. Seperti biasa, saya seorang yang sangat sentimental, bila nak meninggalkan sesuatu tempat saya akan merasa sedih. 

Tak pasti kalau orang lain juga seperti ini. Walhalnya baru 2 malam sahaja di sini. Berada di Cappadocia ini terasa seperti berada di dunia yang berbeza kerana banyak bangunannya diperbuat dari batu batan semulajadi, ada hotel yang di dalam gua juga macam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakunan Shaheizy Sam dan Fazura. 

Pagi pagi kami naik untuk bersarapan. Kebanyakan hotel di sini, ruang untuk sarapan adalah di roof top ruang terbuka di atas hotel. Mungkin mereka mahukan sambil bersarapan sambil melihat pemandangan cantik dan unik di Cappadocia.




Selepas sarapan, saya bergambar kenang kenangan di kaki lima hotel dengan berlatarbelakangkan bangunan menarik di hadapan hotel kami. 



Di sini kebanyakan hotel tidak tinggi, jadi memang tiada lift. Begitu juga kalau nak ke restoran, memang kena naik tangga. Tangga dari lobi untuk ke bilik kami ini, pasti terpahat sebagai satu kenangan untuk saya. Melihat tangga ini pasti terbayang kami ketika di sini. Itu lah nilai sekeping gambar buat saya. Pukul 9.30 pagi kami check out dari hotel.





Sebelum meninggalkan bandar Cappadocia, Mikail telah memberhentikan kereta di sini tapi saya lupa namanya. Memang setiap kali lalu di sini, akan nampak orang ramai berhenti untuk bergambar. 



Di sini sangat cantik tapi tidak terakam di dalam gambar kerana matahari pagi menyebabkan adanya back light. Kena lihat dengan mata sendiri untuk mengagumi kecantikan pemandangan di bawah ini.





Selepas bergambar, kami cepat cepat naik kereta kerana perjalanan kami hari ini masih panjang. Perjalanan memakan masa lebih dari 6 jam. Selamat tinggal Cappadocia, semoga kita bertemu lagi. Banyak kenangan manis di sini. Antaranya ialah mendapat kenalan baru iaitu Izzah dan famili pemilik Ghazi House, wedding venue dan event di Hulu Langat.  

Sehingga di sini dahulu, semoga bertemu lagi di sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua....


Catat Ulasan for "Semoga Bertemu Lagi Cappadocia Day 4"