Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kenangan Trike Ride Tour Di Cappadocia Day 3-1


Selepas balik dari Kaymakli Underground City, kami balik ke hotel untuk mengerjakan solat. Boleh klik pengalaman mencemaskan di Kaymakli di SINI. Kemudian kami keluar untuk makan tengahari di restoran berdekatan hotel. Saya memesan Fettucini Alfredo. Nana memesan makanan ala roti canai tapi ada daging di atasnya. Susah pulak nak mengejanya. Rasanya namanya Lahmahchun.




Selesai makan, kami berjalan kaki untuk ke tempat tour scooter ride atau dipanggil Trike Ride. Kami akan bertolak secara kumpulan pukul 4.00 petang. Nana naik dengan Ammar dan Alain dengan Aliya. Mereka berdua berada di belakang kami. 






Kami berhenti di perhentian pertama untuk melihat pemandangan bukit cantik. Kami diberi masa selama 15 minit untuk berjalan dan bergambar di sini. Seronok juga sebab ada Izzah dan Omar, pasangan dari Malaysia bersama 2 orang anak mereka dalam kumpulan kami. Biasalah kan bila jumpa sesama Malaysia, terasa sangat rapat dan seperti dah lama kenal. Mereka pun sangat sporting dan mesra. Boleh geng dengan Nana.



Selepas 15 minit, kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya iaitu melihat sunset dan juga fairy chimney. Landskap berbatu batan dengan berupa bentuk cendawan yang sangat unik. 


Kali ini, tukar bila Aliya naik dengan Nana dan berada di hadapan kami. Mudah untuk saya ambil gambar dan video mereka. Seriouslah sangat seronok tour ini pertama kerana cuaca sejuk dan berangin dan kedua kerana pemandangan cantik sepanjang perjalanan. Dalam hati berkata, agaknya macam ni lah keseonokan mereka yang suka ride dengan motosikal besar. 






Sesampai di sini, kami turun sementara menunggu sunset. Kami bergambar berlatarbelakang pemandangan cantik dengan keindahan batu semula jadi. Saya merasa sangat kagum melihat fairy chimneys. Batu terbentuk seperti chimney. Bila terkena pancaran sunset, ia akan memberikan warna pink. Boleh lihat di dalam gambar di bawah. 





Setelah matahari terbenam, kami mula bergerak untuk perjalanan balik. Memang tak puas melihat pemandangan sekeliling. Kali ini Alain dan Ammar berada di hadapan kami, Nana dan Aliya di belakang kami. Dalam hati risau juga sebab takut Aliya tertidur. Memang betul pun, Aliya dah tertidur sepanjang perjalanan balik. 


Setelah selesai urusan penyerahan kunci semua, kami bersama Izzah berjalan untuk makan di Restoran Malaysia. Kami memesan nasi lemak, nasi goreng daging dan nasi ayam goreng. Ada juga teh tarik yang memang sedap untuk kami yang rindu teh tarik. Maklumlah di London, mana ada teh tarik kan. 


Kami telah menyambung 2 meja untuk membolehkan kami duduk bersama sama. Besar dan selesa juga Restoran Malaysia ini. 




Alhamdulillah sedap juga masakan di sini untuk masakan Melayu di luar negara. Terima kasih juga pada Izzah dan Omar kerana telah membayar untuk makanan kami. Semoga murah rezeki mereka sekeluarga. 

Untuk mereka yang mencari tempat untuk diadakan majlis perkahwinan, boleh contact mereka. Mereka adalah owner Ghazi House yang terletak di kawasan Hulu Langat. Instagram mereka ialah @ghazihouse. 


Sehingga di sini dahulu, nantikan entri seterusya di entri akan datang. Salam sayang buat semua....


Catat Ulasan for "Kenangan Trike Ride Tour Di Cappadocia Day 3-1"