Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kenangan Di Montreux Day 6


Assalamualaikum, kita bersua lagi. Boleh klik entri di Zermatt sebelum ini di SINI. Kami menginap di Hotel Mountime berdekatan dengan Tasch Train terminal. Pemandangan keliling hotel sangat cantik. Buka jer sliding door, dah nampak gunung ganang yang cantik. 

Tapi tak sempat pun nak meronda ronda dan bergambar sekitar hotel kerana selepas sarapan, kami dah check out untuk ke Montreux. Kami bermalam di Tasch hanya 1 malam sahaja.

Sebelum naik bas, kami bergambar beramai ramai kerana pemandangan di sekeliling hotel sangat lah cantik. Umpama dalam sekeping poskad. Tak pasti kalau zaman sekarang masih ada lagi poskad macam dulu dulu. Rugi kalau tak bergambar di sini. Pokok dengan dedaunan yang telah menguning di lereng gunung menambahkan lagi keindahan pemandangan di sini. 


Selepas bergambar, kami menaiki bas untuk ke Montreux, sebuah bandar peranginan tradisional yang mengambil masa perjalanan rasanya 4 jam. Montreux berlatarbelakangkan Swiss Alps dan tasik Geneva. Kombinasi air tasik membiru dan pergunungan Swiss yang memutih dengan salji menjadikan ianya sangat cantik umpama gambar poskad. 




Sebaik tiba di Montreux, bas menurunkan kami berhampiran Lake Geneva. Kami berjalan ke tasik dan bergambar di platform berdekatan dengan Freddie Mercury statue.


Pemandangan keliling tasik Geneva ini cantik dan sangat memukau. Montreux juga dikenali sebagai Pearl of Lake Geneva. Semua bandar, semua tempat di Switzerland ni cantik. Rasa macam tak berkelip melihat pemandangan kiri kanan depan dan belakang. 

Selepas bergambar di sini, masing masing berpecah untuk aktiviti free & easy dan dikehendaki berkumpul semula di sini untuk sama sama berjalan ke tempat untuk menunaikan solat.





Sementara menunggu waktu untuk naik classic train, kami bergambar di tepi tasik. Semasa bergambar di hadapan La Palais, seorang keluar menegur kami dan menjemput kami singgah makan di restoran mereka.


Jadi kami masuk makan di Restoran Le Palais Oriental, yang menyajikan pelbagai jenis masakan dari pelbagai negara. Kami memesan nasi briyani ayam Iranian. Kami makan untuk 4 pasangan dalam CHF56 untuk satu pasang.


Serious sedap sangat beriyani ayam di sini. Dah lama tak jumpa beriyani sedap sejak tinggal di London. Kalau di London, ayam akan dipotong kecil kecil. 







Kami kemudian berjalan untuk mengerjakan solat di tingkat atas shopping mall. Ada terdapat tandas yang boleh mengambil wudhu di dalamnya.

Selepas solat, kami berjalan untuk ke train station. Train yang dikenali sebagai The GoldenPass Bella Epoque adalah train klasik akan membawa kami melihat panorama cantik sepanjang perjalanan dari Montreuz ke Zwessimen. Perjalanan memakan masa selama 2 jam.  


Selepas turun di Zwessimen train station, kami di bawa makan malam di Interlaken. Kali ini makan malam kami ialah Fish & Chips. Tapi bukan fish and chips biasa, macam fish nugget jer.




Sehingga di sini dulu, jangan lupa untuk membaca sambungan catatan percutian kami di entri seterusnya. Salam sayang dari saya....


Catat Ulasan for "Kenangan Di Montreux Day 6"