Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Eskisehir dan Bursa Day 4-1

Hari keempat percutian kami ke Turki, 27 Oktober kami meneruskan perjalanan ke Bursa dan singgah seketika di Eskisehir. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Dalam perjalanan, kami singgah untuk ke bilik air. Bila tengok jam dah masuk waktu zohor. Kami terus solat dulu kerana di situ, ada ruang solat yang menpunyai sekali tempat mengambil wudhu. 

Kami meneruskan perjalanan dan singgah makan tengahari di Koftes Balaban Kebap di Eskisehir dalam kira kira 2 jam sebelum tiba di Bursa. Kira late lunch lah untuk kami. 



Kami memesan beberapa jenis makanan di sini. Saya nak menulis namanya pun tak ingat. Antaranya ialah Special Balaban Kebab, Balaban Meatballs yang dicicah dengan Kofte Ciborek ala ala roti puri di tempat kita dan Raviolli versi sini lah. Bukan Raviolli versi Itali.  







Manakala dessert pula rice pudding dan satu lagi yang dipanggil Tahinli Cevizli. Kami order juga air anggur yang dibuat dari anggur segar. 





Jumlah bil untuk semua yang kami makan dalam TL1900.00, dikira sangat murah kerana lebih kurang RM200 untuk semua yang kami order. 



Selepas makan, bergambar sebelum berjalan ke kereta. Kami sampai di Royal Termal Hotel di Bursa pukul 8.30 malam. Selepas solat, Hubby mengajak keluar ke kedai yang terletak berdekatan dengan hotel. Kami berjalan kaki dalam hujan lebat dengan meminjam payung dari hotel. 


Mereka mengesyorkan beberapa menu untuk dicuba antaranya pizza menggunakan mozarella cheese. Sedap juga ketika dimakan masa panas panas, kebab, fries dan nescaffe. Jumlah kesemuanya dalam TL600.00. 


Balik ke hotel, singgah di rooftop restaurant kerana Nana dinner di situ. Mereka pun order bermacam macam dengan pizza, burger, fettucini dan fries. Pun jumlah keseluruhan TL1300.00. Tak mahal sangat. 




Kami kemudian terus masuk bilik, solat dan berehat. Semasa sedang berbaring sambil menonton, tiba tiba katil bergoyang dengan kuat. Kami saling berpandangan dan tanpa sepatah kata. Kemudian Nana whatsApp memberitahu ada earthquake. Wah pengalaman pertama mengalami earthquake seperti ini. Yang lucunya, saya dah terfikir hotel berhantu dan cuba mengusik kami. Hahaha. 

Sehingga bertemu lagi di sambungannya akan datang, salam sayang buat semua…



Catat Ulasan for "Eskisehir dan Bursa Day 4-1"