Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sarravalle Designer Outlet Day 3


Alhamdulilah kita bersua lagi. Hari ini kami check out dari Hotel Le Trezze dan akan ke Sarravalle Designer outlet dan kemudian terus ke Milan. Seperti biasa, untuk sarapan makan telur rebus dan roti bakar. Boleh baca entri sebelum ini di SINI.


Sebelum menaiki bas, kami bergambar dahulu. Alhamdulilah kerana semua sporting. Kami kemudian menaiki bas menuju ke Serravalle Designer Outlet, destinasi shopping barangan berjenama yang terbesar di Eropah dengan tawaran diskaun yang menarik. 

Di sini ada restoran yang menyediakan makanan halal yang terletak berhampiran dengan customer service untuk makan tengahari.


Saya memesan pizza, Dr Hamidah memesan pasta dengan sos tomato. Manakala Dato Wan Nazari dan Dato Setia Salehuddin memesan nasi goreng ala Thai. Saya memang dah lama teringin nak makan makanan Itali yang terkenal samada pizza, pasta dan tiramisu. 

l







Selepas makan, baru kami solat kerana ruang solat di sini hanya boleh muat 3-4 orang sahaja dalam satu masa. Ambil wudhu di bilik air.

Pada pendapat saya, designer outlet ni boleh lah skip untuk masa depan kerana barangan berjenama ini selain harga mahal, juga tak sesuai untuk kita. Yang berbaloi dibeli di sini hanyalah handbag. 

Pun bukan murah, paling murah pun mungkin RM2,000.00. Jadi untuk mengisi masa, kami hanya mengambil gambar sahaja. Saya mengintai juga winter jacket tapi tak ada yang sesuai dan harga pun ribu riban.












Kami kemudian meneruskan perjalanan untuk check in hotel di B&B Park Hotel untuk selama 2 malam. Selepas check in, turun makan malam di restoran hotel. Hidangan kali ini ialah pasta dan pastri. 



Kami dihidangkan dengan pasta tuna dan keju dan juga desert. Sos tomato nya sangat sedap. Terasa manisnya buah tomato segar. Keju parut parmigiano sangat sedap. 





Kami juga diberikan pastri berintikan sayuran dan dicicah dengan sos tomato. 






Air minuman di sini memang lah sedap kerana air mineral semulajadi. Claudia dan Anna sangat ramah dan bersedia memberikan kami minuman panas kalau kami sudi membuat review hotel mereka. 




Naik bilik untuk berehat. Sehingga di sini dulu, salam sayang buat semua. 




Catat Ulasan for "Sarravalle Designer Outlet Day 3"