Menaiki Boat Di Lake Como Day 3
Alhamdulillah kita bersua lagi. Destinasi kami hari ini ialah ke Tasik Como dan bandar Milan di Itali. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke Tasik Como. Bila dengar Tasik Como, pasti yqng terlintas di fikiran saya ialah destinasi Norjuma berbulan madu dengan bekas suami beliau dahulu. Masa dia kawin dulu, kira trending lah. Jadi kita pun ikut lah semua kisah kawin dan bulan madu dia.
Selepas sarapan, kami bersiap dan bergambar di hadapan hotel. Kami bersepakat untuk memakai baju warna biru muda dan seluar jeans. Semua sporting untuk mengikut tema ditetapkan.
Sebaik turun dari bas, hati sangat teruja melihat pemandangan cantik untuk bergambar dengan pokok yang berdaun kekuningan di tepi tasik di musim autumn.
Selepas bergambar, kami berjalan kaki untuk mengambil boat. Seriouslah pemandangan tasik dan sekelilingnya sangat cantik. Patutlah ianya menjadi pilihan ramai sebagai destinasi berbulan madu.
Kami naik boat dan duduk di bahagian luar bagi membolehkan kami menikmati pemandangan indah sepanjang pelayaran. Sebenarnya aktiviti ini tiada dalam pakej tapi kami semua setuju untuk menyertainya dengan membayar kos tiket boat.
Sepanjang di dalam boat, suasana memang riuh rendah dengan lawak dan usikan masing masing. Lagi lagi bila turn kami untuk bergambar, bila para suami kena bertindak menjadi photographer. Memang kecohlah dibuatnya. Tapi ramai yang dah pandai ambil gambar. Mungkin sebab dah selalu sangat kena ambil gambar kami bila ada program JJCM.
Selepas selesai aktiviti boat, kami dibawa untuk city tour bandar Milan. Sebelum itu, kami singgah solat di Il Centro Culturale Islamico Di Saronno Vi Da Il Benvenuto. Di sini lah satu satu nya masjid yang kami singgah ada tandas yang menpunyai hand bidet. Seronok lah kan.
Setakat ini dahulu, semoga bertemu lagi di sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua.



















Catat Ulasan for "Menaiki Boat Di Lake Como Day 3"
Add your comment