Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Kentang Berlado Dan Lelaki Red Flag



Sekarang ini banyak betul kes kes rumahtangga yang menunjukkan kelemahan suami sebagai ketua rumahtangga dalam mencari nafkah, mendidik anak isteri dalam hal agama dan dunia. 

Setelah berlaku perceraian semuanya terbongkar kerana isteri dah tidak sanggup lagi memendam rasa. Suami yang nampak seperti menpunyai kefahaman agama pun gagal dalam rumahtangga. 

Kenapa kedudukan suami tinggi dan perlu dihormati? Jawabnya kerana tugas dan tanggungjawab seorang suami yang berat lah. Tapi apa yang terjadi pada hari ini? Ramai suami yang lemah, yang bergantung harap pada isteri untuk membantu terutama dari segi kewangan dan gagal mendidik anak bab agama. Yang biasa dengar perkongsian perbelanjaan rumahtangga 50-50 lah. Yang luar biasa, isteri kena menanggung perbelanjaan keluarga, menyediakan tempat tinggal dsb. 

Suami bukan sahaja tak menanggung keluarga tapi berat tulang juga untuk menolong kerja dapur, kerja rumah. Untuk siram pokok bunga pun malas. Boleh jer malas kalau suami memberi duit belanja rumah RM1000-2000 sebulan untuk bayar tukang kebun. Tahu mengadap televisyen atau bergayut di telefon. Isteri pula macam bibik yang buat kerja tanpa dibayar gaji.

Lelaki seperti ini sebenarnya 'red flag" yang boleh dikesan dari awal sebelum berkahwin. Tapi kadang kadang perempuan kerana sayang dek muka dan wajah handsome, akan memejam mata dari melihat kebenaran dan berharap keadaan akan berubah setelah berkahwin. 

Contoh paling mudah ialah dari awal lagi dah berkira bab duit, tak malu untuk wanita bayar makan bila keluar makan. Tak solat bila masuk waktu dan macam macam lagi. Percayalah lelaki macam ini adalah red flag yang  tidak akan berubah. Walau setelah kaya dan berduit, tetap tidak akan merasa adanya tanggungjawab dia pada anak isteri. Dia tak malu pun untuk memandu kereta yang diberi oleh isteri, lagi teruk tak malu untuk bawa perempuan lain naik kereta yang dibeli oleh isteri. 

Tambah pula, kalau datang dari keluarga kurang bab agama, lagi lah tidak heran untuk melakukan dosa di sisi Allah.  Jadi kepada para wanita, pilih lah lelaki yang bertanggungjawab dan ada pengetahuan agama. Insya Allah, rumahtangga akan menjadi aman dan tenang. Kalau lelaki ada ciri red flag, biarlah membujang dari merana kemudian hari kerana lelaki seperti ini susah untuk dibuang kerana dia akan bergantung pada kita untuk kelangsungan hidup. OK setakat ini dahulu.



Melihat ada lagi ubi kentang, jadi saya pun masak sambal berlado. Hari tu, saya masak sambal ubi kentang dan ikan bilis menggunakan cili kering kisar. Boleh klik di SINI

Kali ini kita guna cili hidup atau cili padi, jadilah sambal berlado.  Masak sambal berlado lebih mudah dan cepat kerana sambal cepat jer garing dan masak berbanding dengan nak tunggu sambal cili kering pecah minyak dan garing. 

Lauk sambal berlado memang kegemaran saya. Lagi lagi kalau menggunakan terung. Wallaa sedap sangat. Di London yang banyak dijumpai adalah terung warna dark purple yang besar sebesar bsayur labu air tu. Kalau terung macam tempat kita saya belum jumpa lagi. Kata kawan saya, ada juga tapi harganya mahal. Rasa kedua duanya sama jer, rasa terung. Hahahha bukan lah rasa bendi pulak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sambal Ikan Bilis dan Kentang Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4-5 biji ubi kentang - belah 2 dan hiris nipis
Segenggam ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit
Garam
½ sudu besar gula
1-2 sudu besar sos tiram

Bahan kisar kasar:
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai 

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ubi kentang. Jangan dikacau sehingga ianya berwarna sedikit keperangan, baru dikacau. Setelah garing disukai, angkat dan ketepikan.




Keluarkan sedikit minyak dan goreng pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan  ketepikan. 

Menggunakan minyak sama, tumis pula bahan kisar sehingga layu. Masukkan serbuk kunyit dan garam.

Masukkan pula sos tiram dan gula. Kacau rata dan setelah terbit minyak, tutup api. Biarkan sambal sehingga benar benar sejuk.


Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kacau rata. 



Sedia untuk dihidang.





Catat Ulasan for "Sambal Kentang Berlado Dan Lelaki Red Flag"