Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang
Saya kali ini menyentuh bab curang kerana sekarang hari hari seluruh dunia viral bab curang. Dalam entri sebelum ini di SINI, saya menulis berkenaan Fazura dan perceraiannya. Sebagai seorang wanita dan ibu, saya menyokong wanita kerana saya memahami naluri seorang wanita. Lagi lagi dalam kes wanita dicurangi. Percayalah kes curang berlaku di mana mana, hatta di dalam rumah kita sendiri.
Jadi para wanita jangan merasa tersangat selamat melihat suami baik, alim sehingga pijak semut pun tak mati, tapi berhati hatilah. Bila dah terkena kat batang hidung masing masing baru akan tahu, ooh real rupanya kes suami curang ni. Curang adalah pilihan, jadi kalau dah berani curang kena lah berani menanggung akibat bila kantoi, contoh kena berani menceraikan isteri jika itu yang dimahukan.
Saya banyak kali melihat suami yang curang, keluar makan berdua duaan. Melihat dengan mata sendiri, malah pergi ke meja mereka dan menegur. Tapi muka suami selamba jer tanpa ada rasa bersalah pun walaupun tahu saya mengenali dan baik dengan isterinya. Berani sungguh. Kalau kes normal yang jenis tak berani, pasti suami curang ini akan datang ke meja saya dan akan berkata, tolong jangan beritahu isteri saya tau sebab dia tak akan faham kerja saya. Haa gitu lah lebih kurang dailog nya.
Ada juga kawan memberitahu melihat kes curang juga, suami orang yang dah tua beruban keluar makan berduaan di Bangsar Food court dengan perempuan muda. Suami beliau yang nampak kes berduaan dengan bukan isteri telah menelefon si suami curang bertanya yang dia nampak si suami makan dengan bukan isteri. Seperti biasa, si suami menipu dengan mengatakan keluar atas urusan kerja. Kononnya. Dunia ini kecil tak nampak fizikal, nampak dalam gambar atau dalam video. Itulah sebab saya benci dengan lelaki curang atas apa jua alasan. Mereka bukan sahaja curang, tapi juga akan jadi pembohong dan penipu. Satu pakej. Macam kes yang pempengaruh benam kereta dalam sungai kerana nak lari kawin di Siam.
Jadi kepada ramai yang mengutuk ngutuk Fazura seolah beliau membuat fitnah dan membuka aib, harap dapat lah membuka mata, Jangan menjadi taksub, muka sekian sekian mustahil untuk curang dsb. Tidak ada. Muka baik muka handsome pun, kayap tak berduit pun, curang tetap curang. Suami yang tak berduit pun boleh curang walaupun kereta dibeli oleh isteri, stokin dan seluar dalam pun masih dibeli isteri.
Terbaharu kes yang tengah panas dan viral di merata rata media social di seluruh dunia, kes CEO Andy Byron dan Ketua Jabatan Human Resource, Kristin Cabot ketika menonton konsert Coldplay, kumpulan music gay. Kecurangan kantoi apa bila kamera Kiss Cam menfokuskan pada kedua mereka yang sedang berpelukan dengan disaksikan secara live oleh penonton yang menyaksikan konsert tersebut.
Ini kes curang yang kantoi dan termalu di seluruh dunia. Kesian pada pasangan dan anak masing masing terutama kalau anak dah besar. Malu tau. Ramai lagi kes curang yang tak kantoi. Atau yang menunggu masa untuk kantoi. Harap kes ini menjadi pengajaran kepada semua yang nak melakukan kecurangan pada pasangan. Apa lagi suami yang badan dah berbau tanah dan penuh dengan kekurangan.
Saya berpesan pada anak anak perempuan saya supaya menpunyai kewangan yang kukuh, menpunyai harta atas nama sendiri. Jangan bergantung pada suami yang tidak pasti masa depan. Kalau seorang suami sayangkan isterinya, dia tak akan curang, walaupun didatangi oleh bidadari.
Apa lagi perempuan yang menyondol jauh bagai langit dan bumi dari segi jawatan, pangkat dan harta dengan isteri sendiri. Apa lagi si suami yang curang bergantung dengan isteri untuk hidup senang dan selesa. Sungguh orang macam ini tidak tahu bersyukur dan tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. OK setakat ini dahulu, ter emo kerana buka jer social media nampak kes curang di konsert Coldpaly.
Saya menanya Nana apa nak dimasak petang nanti. Dia tak reply mungkin sibuk di hospital. Dah lewat petang , baru dia reply menanya kalau saya masak atau kalau tak masak, ada nak order apa apa untuk makan malam.
Tapi saya tahu lah mereka ni bukan suka makan di luar. Tidak semua masakan di sini sedap dan kena dengan selera kita. Sesekali ok lah. Asyik asyik shawarma, fries atau nasi beriyani jer.
Selepas Nana menyebut Ayam Sweet Sour, barulah saya masuk ke dapur dan mula memasak. Bila semua bahan ada, sekejap jer memasak ni. Yang lamanya nak thaw ayam yang baru dikeluarkan dari freezer. Maksudnya bahan bahan hiasan seperti capsicum atau daun sup tak payah lah masuk. Kalau ada, boleh masukkan untuk bagi nampak lengkap dan cantik.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Ayam Sweet Sour
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
7-8 ketul ayam
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili kering kisar
1 batang daun bawang
Kiub pati ayam
½ sudu kecil gula
Sedikit garam - jika perlu
Bahan sos:
3-4 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
1-2 sudu besar sos tiram
Cara cara:
Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Jika suka, sebelum digoreng, tabur tepung jagung. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak sama (keluar jika berlebihan), tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan layu, masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili masak.
Setelah cili masak, masukkan sedikit air terlebih dahulu. Kacau rata.
Kemudian masukkan bahan sos dan kacau rata.
Masukkan kiub pati ayam, gula dan garam, jika perlu. Nota: jika suka, boleh masukkan sedikit cuka untuk rasa masam.
Masukkan daun bawang. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan ayam. Kacau rata dan tutup api.
Selamat mencuba….
Catat Ulasan for "Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang"
Add your comment