Ketika saya buka Instagram dan terus lalu Fazura sedang LIVE. Saya memang tak pernah meninggalkan komen pada orang yang sedang live, lagi pun saya jarang masuk melihat live orang. Saya pun terus menaip komen. Terus Fazura membaca komen saya dan terus memaklumkan bahawa dia selalu resipi saya terutama semasa dia mengandungkan Fatima dulu.
Saya sebenarnya dah lama nak menulis berkenaan Fazura tapi saya tak mahu mendapat kecaman dan menimbulkan perasaan tidak senang pada anak anak saya. Seperti yang mungkin ramai follower saya tahu, anak anak saya menpunyai kerjaya yang baik di organisasi yang ternama. Ramai kawan kawan mereka yang juga follower saya. Jadi saya kena “behave” dalam menulis kerana mereka akan memberitahu anak anak saya jika tulisan saya dikecam.
Anak anak saya adalah seperti saya seorang yang prim and proper, bukan huha huha, reserve dan berhati hati dalam berkata kata termasuk menulis. Dengan kata lain, mereka bukan yang jenis social dan gedik gedik lah.
Jadi pada anda yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan pasal Fazura, hanya simpan untuk diri sendiri atau skip sahaja. Semua orang ada pendapat masing masing kan. Begitu juga saya.
Saya bukan peminat Fazura tapi saya ikuti perkembangan beliau dari beliau muda remaja kerana beliau adalah antara artis yang berwajah cantik dan berpenampilan yang sangat elegance. Kira macam artis gred A lah macam juga Erra Fazira. Boleh tengok dari handbag yang dibawa, jam yang dipakai dsb.
Saya baca kisah yang negatif dan positif yang diperkatakan pasal Fazura. Ada yang mengatakan beliau kaki kelab malam dsb. Begitu juga hubungan cinta beliau dengan seorang kerabat yang tidak kesampaian. Tapi ia tidak sedikit pun membuatkan saya beranggapan negatif pada dia.
Setiap orang termasuk kita sendiri menpunyai kisah silam yang telah Allah tutupkan aibnya. Kita tidak terus menjadi baik seperti hari ini tanpa melalui kisah kisah silam yang nakal.
Saya mula mengikuti Fazura secara konsisten dan menyokong dia dan Fatima selepas beliau menfailkan cerai pada bekas suaminya. Walaupun saya tidak tidur sebantal dengan Fazura tapi saya percaya apa yang dilaluinya, apa yang dikatakannya. Manusia di luar hanya melihat secara luaran tapi tidak sebaliknya. Hakikatnya siapa yang tinggal bersama akan mengenali pasangan masing masing.
Sebagai contoh, ramai yang memuji dan mengatakan saya seorang yang penyayang dan lemah lembut tapi hakikatnya suami saya sahaja yang mengenali karakter sebenar saya. Mungkin juga anak anak saya yang tahu ketegasan saya, garangnya saya yang tidak mudah untuk dipengaruhi.
Begitu juga dengan Fazura, jangan lah kita mempersoalkan itu dan ini akan apa yang dia katakan. Saya percaya pada kejujuran seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu, jika benar, seseorang tidak melakukannya katakan tidak.
Jika aib yang dikatakan, tidak berlaku, tiada apa yang hendak ditakutkan. Apa lagi dijadikan syarat untuk dijatuhkan talak. Fazura seorang yang tahu apa yang dikehendaki dalam sebuah perkahwinan. Kalau rasa bukan ini yang dia mahukan, lebih baik quit. Tiada istilah takut menjadi janda dsb. Ramai jer wanita bertahan kerana takut menjalani hidup sendirian.
Bak kata bekas suami dia di perkarangan mahkamah, jika Fazura hendak teruskan fitnah, tanggung lah dosanya. Haa jelas sekali. Jadi begitu juga sebaliknya, jika benar apa yang dikatakan Fazura seperti kes curang, kes nafkah, persefahaman, sebelah sana juga akan tanggung dosanya. Allah Maha Adil. Fazura cakap pun secara general. Dia tak cakap pun curang dengan siapa walaupun ada kes kereta kemalangan. Jadi tak perlu lah orang luar nak mengecam ngecam Fazura.
Ini saya kesian melihat Fazura dikecam setiap hari sehinggakan kematian arwah ayahnya juga dijadikan bahan. Isu duit raya juga dijadikan ejekan. Itu hanyalah sekadar contoh dari isu kewangan tapi bukan lah duit raya punca pada dia memohon cerai. Akhirnya yang dapat dosa ialah pengikut fanatik yang tak ada keuntungan apa apa pun.
Dunia ini penuh dengan lakunan. Hidup umpama filem yang ditayangkan. Jangan tengok watak hero atau heroin dalam filem yang kita tonton sebagai hero juga di luar filem. Itu hanya sekadar lakunan. Siapa yang tidak kena, tidak akan percaya jalan cerita dalam filem memang benar benar wujud dalam kehidupan sehingga terkena ke batang hidung sendiri.
Akhir sekali, saya ingin menulis berkenaan Fatima. Saya sangat kagum dengan kecerdikan dan kepintaran dia. Di usia 4 tahun, dia sangat petah bercakap, mendapat pendidikan terbaik dari asuhan ibunya.
Semoga dia membesar menjadi seorang gadis cantik yang "polished", cemerlang dalam segala apa yang diceburinya. Saya juga mendoakan agar Fazura ditemukan jodoh dengan lelaki terbaik yang dapat menjaga beliau dan Fatima. Secara tidak sedar, saya kini menjadi peminat Fazura dan Fatima dan akan sentiasa menyokong mereka. OK setakat ini dahulu.
Hari ini saya buat ayam masak kicap yang berkuah. Kalau biasanya, ayam masak kicap saya akan pekat dan sambal kicap bersalut pada ayam. Cara membuatnya sama sahaja, tinggal lebih kan air dan kicap sebagai kuahnya.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Ayam Masak Kicap Berkuah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
8 ketul ayam
2 biji ubi kentang - potong wedges
Bahan tumbuk;
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 sudu besar cili kering kisar
Sedikit air asam jawa
Kicap manis - ikut suka
1 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
1-2 cawan air - utk kuah
Minyak untuk menumis
Bahan lain:
1 biji bawang besar holland - hiris
4 biji cili hijau dan 4 biji cili merah - hiris
10 tangkai daun kari
Cara cara:
Ayam lumurkan sedikit garam dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula ubi kentang, angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak goreng ayam, tumis bahan tumbuk sehingga garing dan keperangan.
Kemudian masukkan cili kering kisar tu kacau sampai betul betul garing.
Kemudian masukkan gula, garam, sos tiram dan air asam jawa serta sedikit air.
Setelah terbit minyak, masukkan kicap.
Bila dah pekat sikit masukkan bawang besar holland, cili hijau dan merah serta daun kari tadi.

Kacau rata dan angkat.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Berkuah Dan Bab Fazura "
Add your comment