Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Ikan Bilis London



Alhamdulillah kerana kami telah selamat sampai di London. Hari ini adalah hari ketiga saya di sini. Hari pertama, kami tiba dah lewat petang dan pastinya kepenatan. Ini adalah kerana sehingga tarikh berangkat, saya masih belum sihat. Sepanjang penerbangan, saya sakit kepala. dan sakit tekak.  Sesampai di rumah,  selepas solat, terus tertidur. 

Semalam, hari kedua saya tidak keluar kerana badan. masih rasa lemau. Nana dan Alain serta anak anak keluar beberapa kali untuk membeli barang barang keperluan. Hari ini, baru saya rasa sihat sedikit walaupun masih mengalami masalah running nose. 

Pengalaman beberapa hari ini di sini di musim spring dan hampir ke summer, rumah di sini tiada aircond atau kipas. Kita yang terbiasa menggunakan aircond atau kipas, akan rasa tidak selesa. Saya pula memang jenis tak boleh tak ada salah satunya. 

Tapi di sini, bila dibuka pintu dan tingkap akan terasa angin sejuk yang nyaman. Hahaha dari segi lain memang menjimatkan penggunaan elektrik kerana hampir tidak perlu menggunakan elektrik. Malam pun masa tidur nyaman sahaja. Siang hari pun terasa seperti aircond jer dalam rumah tapi kena buka sedikit pintu dan tingkap untuk membolehkan udara luar masuk.  

Insya Allah, petang sedikit saya akan ikut keluar. Di sini hari siang mulai panjang. Waktu Maghrib masuk pukul 8.30 malam. Isyak pulak 9.30. Terasa lah masa siang sangat panjang walaupun dah pukul 8.00 malam, hari masih terang benderang di luar. OK setakat ini dahulu, jom kita masuk pula bab masakan.


Sambal tumis pada saya ada beberapa jenis. Satu sambal tumis yang dijadikan sambal nasi lemak. Biasanya sambal ini tidak banyak ikan bilisnya. Ini adalah kerana nasi lemak dimakan juga dengan lauk seperti ayam goreng, ikan bilis goreng, telur goreng dan sayur atau ulam.

Kedua, sambal tumis ikan bilis yang dimakan dengan nasi putih. Di mana di dalamnya mesti ada ikan bilis yang banyak kerana ikan bilis itu sendiri adalah lauk untuk kita. Hahaha itu pada saya lah. Tak pasti lah pulak pada orang.

Boleh rujuk sambal nasi lemak saya yang juga sedap untuk dimakan dengan nasi lemak daun pisang di SINI dan di SINI

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Ikan Bilis Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
¼ sudu kecil belacan - opsyenal

Bahan lain:
100 gram ikan bili
6 sudu besar cili kisar - 1 cawan
¼ sudu kecil pes asam jawa + 1 cawan air
1 biji bawang besar - hiris wedges
½ sudu kecil garam atau secukup rasa
2-3 sudu besar gula pasir - guna 3
1 cawan minyak masak

Cara cara
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili masak sempurna dan terbit minyak.

Masukkan pes asam jawa dan 1 cawan air. Masak sehingga mendidih. Jika kurang, tambah lagi ½ cawan air.

Setelah sambal mendidih, masukkan ikan bilis dan kacau rata untuk beberapa minit, baru masukkan bawang hiris.



Masak sehingga bawang dan ikan bilis lembut. Nota: jika perlu, boleh masukkan sedikit air panas ketika ini jika sambal terlalu pekat.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renihkan seketika dan tutup api.



Catat Ulasan for "Sambal Tumis Ikan Bilis London"