Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hanoi Day 2 Part 1


Alhamdulillah kali ini saya ingin menyambung catatan percutian ke Hanoi kami awal bulan Februari yang lalu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Bangun pagi kami naik untuk bersarapan di tingkat 11. Mata saya pulak merah dan bengkak semula. Aduhai risau pulak kalau ianya melarat dan memberi risiko jangkitan pulak pada kawan kawan. Saya terpaksa memakai sunglasses sepanjang hari. Susah juga tak kan lah sampai ke malam saya kena pakai sunglasses. 

Selepas makan, kami naik bilik untuk menukar pakaian. Kami sepakat untuk memakai baju kemeja putih dan seluar jeans berwarna biru. Hahaha bila pakai macam ni, nampak lah 10 tahun lebih muda kan. Kami ni hampir sebaya, sama gaya dan fesyen serta cara berpakaian hampir sama. 

Selepas check out dari hotel, kami semua membawa masuk bag ke dalam bas. Seperti biasa, kami bergambar secara group. Saya memberitahu bukan senang untuk mengambil gambar kita berpakaian sama tema warna seperti ini di lain masa. Jadi kena pastikan kita ada gambar berkumpulan dalam baju ini.




Destinasi pertama kami ialah Kompleks Ho Chi Minh yang ada di dalamnya rumah Ho Chi Minh dan Pagoda. Masih pagi jadi cuaca agak sejuk dan berkabus. Kami singgah di sini sekejap sahaja. Hanya masuk di bahagian luar sahaja. Tak masuk ke dalam dan kawasan pagoda pun. 

Di situ terdapat tasik yang terbesar di Hanoi yang dikenali sebagai Paru Hanoi. Di Hanoi sangat banyak tasik. Di tasik ini, orang Vietnam datang meminta hajat atau bila menpunyai apa apa acara. 

Selepas bergambar kenangan, kami mula berjalan keluar dan seterusnya naik bas. 










Bas kemudian membawa kami ke tempat seterusnya. Ramai orang beratur untuk membeli tiket masuk. Kami memberitahu Pak Rudy yang kami tak mahu singgah tempat lain, tapi nak terus ke Hanoi train street. Kami memberitahu Pak Rudy yang group kami tak mahu ke tempat tempat yang perlu berjalan dan beratur panjang serta memenatkan. 

Kami tidak mahu ke semua tempat persinggahan pelancung. Kami hanya mahu bercuti, berehat dan bersantai santai dengan kawan kawan sahaja. Matlamat percutian kami ialah makan makan dan minum minum serta bergambar gambar di tempat menarik yang tidak memenatkan sahaja. Bukan semua tempat perlu kami kunjungi atau singgah. 

Kami kemudian di bawa ke Pusat Kerajinan atau pusat kraftangan. Di sini ada dijual juga batu batu permata yang mahal seperti delima, zamrud dan ruby. Memang batu batu ni mahal tapi ditambah lagi dengan dijual di pusat pelancung, lagi lah mahal.





Kami kemudian dibawa ke Hanoi train street. Saya akan menulis satu entri khas untuk percutian di sini. Jadi jangan lupa membacanya tau. Sebelum bas bertolak ke sana, Pak Rudy ada bertanya kalau ada sesiapa yang menpunyai sakit jantung atau masalah kesihatan lain. Kami hanya gelak ketawa mendengar pertanyaan tersebut. 

Ingatkan sama dengan Maeklong di Thailand. Rupanya keretapi lagi dekat dan keretapi lagi laju. Cemas juga seketika sehingga kami semua terdiam terkedu seketika. Nantikan entri penuh di entri akan datang. 




Selepas itu, kami sepatutnya di bawa ke tempat lain lagi tapi kami tak mahu. Sebaliknya minta terus di hantar ke Restoran Arab Al Sultan untuk makan tengahari. 


Hahaha Pak Rudy memanggil group kami ni group gila dan group kuat makan. Makanan sampai berperingkat menyebabkan kita dah hampir nak habis makan, sampai lagi lauk. Hahaha sebenarnya tak boleh tunggu kerana perut dah lapar. 





Makanan di sini sedap walaupun nasi ala nasi gorengnya nampak kosong jer. Lauk pauk dan sup yang dihidangkan juga sedap. Selepas makan, kami bergambar di hadapan restoran sebagai kenang kenangan. 


Selepas makan, kami dibawa untuk solat ke Masjid Al- Noor, satu satu nya masjid di bandar Hanoi. Masjid ini dibina tahun 1890 dan dibina semula pada tahun 1950an dengan keluasan 700 meter persegi. Ianya kemudian diperbaiki sekali lagi dalam tahun 1980an. 


Semasa berjalan ke masjid, melalui jalan jalan yang orang berniaga. Banyak sekali pokok pokok limau dan pokok cherry blossom sempena mereka akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina seminggu lagi. Selepas solat, kena berjalan agak jauh untuk ke bas, jadi stress melihat motosikal yang terlalu banyak bersimpang siur di depan dan belakang kita. 



Kami kemudian bertolak ke Ha long Bay yang terletak sejauh 160 km dari Hanoi dan mengambil masa 1 jam 20 minit. Kami akan bermalam di hotel di Ha long. Nantikan entri perjalanan kami ke Ha Long di entri berikutnya. Setakat ini dahulu, salam sayang buat semua...


Catat Ulasan for "Hanoi Day 2 Part 1"