Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hanoi Train Street


Alhamdulillah seperti dijanjikan, saya ingin berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Hanoi Street Station. Haa sebelum itu, jangan lupa klik iklan yang muncul di blog saya tau. Kerjasama anda didahului dengan jutaan terima kasih.

Bila Pak Rudy menanyakan siapa antara kami yang menpunyai masalah jantung, kami semua gelak. Dia siap mengambil tarikh lahir setiap orang. Haa kenapa pula dengan Pak Rudy ni risau sangat. Maklumlah kami dah pernah pergi ke Maeklong Railway Market di Bangkok, boleh klik di SINI. Kami dah ada pengalaman berada di tepi railway.

Sebelum masuk kami bergambar di atas landasan. Dalam hati ooh besar jer jalan di kiri kanan landasan. Dan tidak ada gerai atau bahan bahan jualan di tepi landasan. Tak nampak sesak dan sibuk pun. Lengang jer. Orang pun tak ramai. Macam tak best nyer, dalam hati berkata kata.




Sementara menunggu keretapi lalu, kami memesan minuman dan bersembang sembang. Tiba tiba Dato’ Ibrahim masuk ke dalam kedai dengan siap membawa air kelapa. Katanya super close. Kami seperti biasa ketawa ketawa mengusik Datok Him dengan menanya nak ke mana pulak tu. 






Ingatkan sama dengan Maeklong. Hahaha. Rupanya lagi dekat dan keretapi lagi laju. Cemas juga seketika sehingga kami semua terdiam. Saya perlahan lahan menarik kaki ke dalam. Boleh nampak sangat dekat keretapi dengan lutut kami kan sehingga saya terpaksa memusingkan lutut saya ke tepi dinding. 

Hahaha baru semua teringat bila mana Dato Ibrahim masuk ke kedai. Masing amsing bersetuju yang ianya adalah keputusan paling tepat dan bijak. 



Selepas keretapi berlalu, barulah lah kami bergelak ketawa dengan pengalaman masing masing. Degup jantung laju seketika. Lama juga kami mengambil masa untuk bertenang samada mahu menunggu train seterusnya atau beredar dari situ.  

Akhirnya kami membuat keputusan menunggu untuk train seterusnya. Kali ini kami dinasihatkan untuk berdiri di sebelah kiri jalan yang lebih luas. Kami pun bersetuju lagi pun dalam hati dah macam taubat tak nak lagi lalui pengalaman seperti kali pertama. Kedudukan kami ketika keretapi lalu adalah seperti gambar di bawah. 



Sementara menunggu train seterusnya pukul 11.50 pagi, kami bergambar di atas landasan. Di dalam group kami ramai geng lelaki yang sporting dan pandai memilih angel menarik untuk bergambar seperti Tuan Shahrol, Bro Azhar dan Dato Wan Nazari. 

\


Selepas keretapi lepas, kami mula berjalan keluar untuk ke destinasi seterusnya. Saya mencadangkan kalau ke Hanoi, anda harus ke sini. Cuma pastikan menjaga keselamatan. Bukan sahaja keretapi yang kami gerunkan, cuma terfikir risiko kalau ada besi atau batu yang terkeluar. OK setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri akan datang. Salam sayang buat semua. 

Catat Ulasan for "Hanoi Train Street"