Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari 2: Keseronokan di Maeklong Railway Market


Hari kedua di Bangkok, kami turun bersarapan pukul 6.00 pagi. Kami hanya memesan 2 biji telur rebus, roti bakar dan buah buahan sahaja. 

Pukul 7.00 pagi kami bertolak ke Maeklong Railway Market. Ianya terletak dalam daerah Samut Songkhram Province yang perjalanan memakan masa selama 1 jam dari Bangkok. 



Keretapi masuk pukul 8.30 dan keluar pukul 9. Market ini sangat unik kerana setiap kali train lalu, peniaga akan mengalih barang perniagaan mereka. Bukan sahaja barang barang tapi khemah juga akan ditarik. Orang ramai pula perlu berada di belakang garisan oren. Selepas keretapi melepasi, peniaga akan meletak semula barang jualan.  

Keretapi bergerak ke station yang terletak tidak jauh dari market. Kami tidak dapat ke station kerana orang terlalu ramai sehingga sukar untuk berjalan. Risau juga kot tengah tengah jam di landasan, tiba tiba keretapi datang. Waah suspen. 

Memang sangat excited bila masing masing menjerit keseronokan bila keretapi lalu. Boleh bersalam salam dengan penumpang atas keretapi lagi. Keretapi bergerak perlahan sahaja. Boleh dilihat, tepi keretapi berada di atas barang barang jualan yang terletak di tepi landasan.  



Sementara menunggu keretapi keluar, kami masuk ke kedai sambil memesan jus mangga dan air kelapa. Dapat duduk duduk dalam aircond. Bila keretapi hampir sampai, baru kami keluar menunggu di luar. 



Saat yang paling seronok ialah bila saya, Dr Nor Salita dan Datin Linda berada di atas landasan ketika keretapi menghampiri. Keretapi telah membunyikan hon, baru kami melompat masuk. Tapi sayang sekali kerana saya tidak menekan untuk merekod video ketika itu. Bila check semula dalam handphone, tak ada. Aduh frust sangat sangat. 

Selepas ini, kami bertolak ke Damnoen Floating Market yang terletak tidak jauh dari sini. Nantikan ianya di entri akan datang.


Catat Ulasan for "Hari 2: Keseronokan di Maeklong Railway Market "