Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hanoi Cruise di Ha Long Bay


Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dengan aktiviti di Ha Long pula. Ha Long terkenal dengan danau dan pulau pulau yang cantik terletak di Laut Timur. Boleh klik entri lama kami semasa menaiki cruise di SINI. Entri sebelum ini boleh klik di di SINI

Aktiviti utama di sini ialah menerokai keindahan dan keunikan salah satu tapak warisan UNESCO yang juga dikenali sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia yang baru. 

Oleh kerana tidak ramai yang menginap di hotel Mithrin Halong, pihak hotel tidak menyediakan sarapan secara buffet. Yang ada, hanya kumpulan kami sahaja. Mereka hanya menyediakan sarapan dengan membuat pesanan dengan pilihan menu yang diberi. 


Selepas sarapan, kami check out dan terus menaiki bas untuk aktiviti cruise di Ha long Bay. Seperti biasa, mesti bergambar secara kumpulan sebagai kenangan di setiap hotel yang kami menginap. 


Kami kemudian dibawa ke Tuan Chau Island di mana ianya adalah tanah yang ditambak untuk pembinaan bangunan restoran dan hotel. 


Kami naik satu private cruise yang hanya kumpulan kami sahaja. Kalau dulu, kami naik bersama sama dengan penumpang lain.



Selepas cruise mulai belayar, baru kami dibenar naik untuk bergambar di tingkat atas yang sangat cantik dengan pemandangan laut hijau kebiruan umpama warna zamrud, gunung dan hutan menghijau serta pulau pelbagai bentuk menarik. 


Cruise berhenti untuk aktiviti menyusuri Gua Bong Tien Chung. Aduhai boleh tahan juga penat menaiki anak anak tangga. Tapi sebab kami ramai ramai, mendaki perlahan lahan sehingga tiba di kemuncak. 

Semua batu batan di gua ini. masih dalam keadaan asal kecuali lantai dan tangga yang dipasang dengan marble untuk memudahkan pergerakan para pengunjung. Saya akan buat entri khas untuk ini. Jangan lupa membacanya tau.

Selepas aktiviti di gua, kembali ke cruise dan dibawa untuk pusing pulau pulau yang memang cantik. Ada juga pulau iconic berbentuk kissing rocks yang terletak di tengah tengah laut. Dan ada pulau yang diabadikan dalam matawang Vietnam. Batu ini berbentuk seperti 2 ekor ayam besar yang sedang bercium. Kissing rocks adalah salah satu yang pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk menikmatinya.  
 



Alhamdulillah seronoknya dan sangat gembira dapat ikut serta dalam percutian ke Halong Bay sekali lagi. Kalau bukan kerana kawan kawan yang memilih Hanoi sebagai destinasi percutian kali ini, pastinya saya tidak akan ke Hanoi lagi. Saya tidak akan bercuti di suatu tempat lebih dari sekali melainkan ianya tempat yang sangat menarik pada saya. 


Kami kemudian diturunkan untuk aktiviti boat pulak. Kami naik 4 boat dengan didayung oleh wanita Vietnam. Kami dibawa ke gua dengan pemandangan pulau yang sangat cantik. Kena cepat kerana boat tidak boleh masuk ke gua, bila air telah surut. 

Seperti biasa, kemeriahan ialah bila kami bersama sama. Kami kumpulkan boat boat kami dan mula bergambar secara berkumpulan. Saya akan kongsikan satu entri khas untuk aktiviti boat kerana ianya sangat best dan menyeronokkan. Selesai naik boat, kami bergambar sebelum naik cruise untuk makan tengahari. 



Makan tengahari di sini yang pastinya ialah makanan laut. Yang paling saya suka ialah hidangan seperti acar menggunakan jelly fish. Masakan ringkas sahaja seperti steam dan rebus. Tapi cukup sedap kerana makanan lautnya yang segar.



Saya memang sangat teruja dengan keindahan alam gabungan air laut, gunung dan pulau berbatu batan yang sangat cantik untuk diabadikan sebagai kenang kenangan. Cantik dan kagum dengan keindahan alam maya ciptaan Illahi. 



Selepas aktiviti cruise dan boating di Ha Long Bay, kami menaiki bas dan dibawa ke tempat perusahan produk yang diperbuat dari bamboo dan ke ladang ternakan mutiara. Nantikan entrinya di entri akan datang. Boleh klik di SINI.




Catat Ulasan for "Hanoi Cruise di Ha Long Bay "