Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Bawal Masak Tomato



Sebelum saya mulakan coretan hari ini, saya mohon kerjasama anda untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Blog tidak seperti youtube yang bila anda buka sahaja, dah ada income untuk youtuber. Jika anda tidak klik iklan, tiada income untuk blogger. Namun begitu, ramai yang sporting kerana setiap hari ada yang berikan klik tersebut. Terima kasih.

Alhamdulillah, kami telah pun tiba di tanah air dari London pagi semalam. Seharian juga mengantuk dan keletihan dari jet lag. Kali pertama juga kaki saya bengkak dalam penerbangan mungkin kerana kurang pergerakan. 

Sebetulnya dalam penerbangan, kita kena ada pergerakan seperti berjalan ke bahagian belakang dan melakukan sedikit regangan dan pergerakan badan supaya darah mengalir seperti biasa. Alhamdulillah kali ini saya tidak mengalami masalah tekanan di dalam telinga ketika kapalterbang mendarat. 

Sesiapa mengalami masalah ini, boleh bersiap sedia dengan alat untuk menutup dalam telinga dan juga gula gula untuk dikunyah. Ianya boleh membantu terutama pada anak anak kecil, boleh diberikan susu atau minuman. 

Insya Allah saya akan kongsikan catatan percutian singkat kami ke London di entri akan datang. Sebelum itu, anda dah baca entri berkenaan resipi rendang daging, keeper recipe di SINI yang saya masak dan dibawa ke London? Kalau belum, baik anda membacanya dahulu. Lauk yang saya masak untuk dihidang dengan nasi lemak. 

Percutian ke London kali ini sangat singkat tapi sangat indah kerana ianya adalah percutian bersama BFF yang dikenali sejak dari zaman universiti lagi. Kami semua tinggal di rumah 5 tingkat dengan 6 bilik. Tinggal di bawah satu bumbung, di mana kami solat berjemaah subuh, kami memasak bersama sama, kami makan bersama sama adalah satu kenangan yang pasti teramat indah dalam hidup. OK setakat ini dahulu, kita masuk pula bab resipi. 


Saya menyediakan ikan bawal masak tomato untuk dimakan dengan nasi putih sahaja. Nampak seperti ayam masak merah atau ayam sambal. Tapi ianya sedikit berbeza di mana ianya banyak menggunakan sos tomato dan buah tomato. Itulah namanya ikan bawal masak tomato. 

Bila kita berusia, kita lebih suka makan masakan yang ringkas ringkas sahaja. Masak pun yang ringkas juga. Lagi sedap dan kena dengan selera. Betul tak?

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ikan Bawal Masak Tomato
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
2 biji bawang merah/bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kisar

Bahan lain:
1 ekor ikan bawal Ikan - lumur garam dan serbuk kunyit
1 biji buah tomato - potong dadu
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil serbuk secukup rasa
Garam - jika perlu

Cara cara:
Goreng ikan, angkat dan ketepikan.


Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan buah tomato dan kacau rata sehingga lembut. 

Masukkan sos tomato dan sedikit air supaya berkuah. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.


Masukkan ikan yang digoreng. Kacau rata. Tutup api.


Catat Ulasan for "Ikan Bawal Masak Tomato"