Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Daging Sedap Azie Kitchen Dengan Kuali Vantage



Alhamdulillah semalam kami telah tiba di London bersama kawan kawan alumni yang juga BFF kami. Masya Allah, istimewanya percutian ke London kali ini adalah kerana dapat bercuti bersama sama mereka. Percayalah bercuti bersama kawan kawan yang dikenali sejak muda remaja tidak sama dengan bercuti bersama keluarga pun. 

Haa jangan lupa untuk membaca entri percutian ini yang saya akan post dari masa ke semasa. Yang mana belum lagi klik Follow Blog Azie Kitchen, boleh klik sekarang tau. Sekarang kita akan masuk bab resipi hari ini iaitu Rendang Daging yang merupakan keeper recipe saya. 


Boleh klik entri Rendang Daging Azie Kitchen sebelum ini di SINI. Memang resipi ini adalah antara resipi yang paling saya suka. Kiranya faveret sangat sangat, sedap dan memang mudah pula disediakan. 

Kalau masak untuk lauk di hari raya, kita mesti masak banyak banyak. Maklumlah hari raya, tak ada lah kita nak terperuk di dapur memasak lagi kan.

Haa biasanya kalau raya, kita akan masak sekurang kurangnya 3-4 kg daging. Untuk memasak rendang hari ini, saya menggunakan kuali Vantage Non stick Die Cast saiz 44cm. Memang puashati kerana selain ringan, tidak melekat, ianya cukup besar untuk kita mengacau rendang di dalam kuali. Tak perlu risau kalau ada yang terlompat keluar dari kuali kan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Rendang Daging Sedap Versi Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 kg daging
1 ½ kg santan segar
12 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
4 keping asam keping
3 helai daun kunyit
4 sudu besar kerisik
2 sudu besar garam
1 ¼ keping gula Melaka - 120 gram
2 ½ sudu besar gula
1-1 ½ cawan minyak masak

Bahan sangai & tumbuk:
1 ½ sudu besar jintan manis
1 ½ sudu besar jintan putih
1 ½ sudu besar ketumbar

Bahan kisar:
6 biji bawang besar
6 ulas bawang puti
4 inci lengkuas - 50 gram
4 inci halia - 30 gram
15 biji cili padi - ikut pedas disukai
9 batang serai
4 inci kunyit hidup - 30 gram
6 biji buah keras keras

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah yang ditumbuk, cili kering kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan daging. Kacau rata dan masak sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar banyak. Jika daging belum empuk, baru dimasukkan air sedikit demi sedikit.


Setelah air hampir kering, masukkan santan. Masak sehingga terbit minyak. Masukkan asam keping, kerisik, garam, gula, gula Melaka. Setelah hampir kering, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.


Masak sehingga kering yang disukai. Bolehlah dihidangkan dengan nasi atau lemang atau pulut atau apa apa sahaja.



Catat Ulasan for "Rendang Daging Sedap Azie Kitchen Dengan Kuali Vantage"