Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Umrah 21 Januari 2023 Makan Nasi Mandy Kabsat Di Taif

Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Dari situ, kami singgah makan tengahari di Kabsat dengan nasi mandi kambing dan ayam yang dihidang di dalam dulang. Makan secara bersila dengan 4 orang untuk satu hidangan. Waktu kami sampai, masih kosong. Kami rombongan pertama.



Waah seronok dapat kepala kambing yang masih ada lidah di dalamnya. Kenangan makan nasi mandy dengan seekor kambing yang masih terdapat lidah kambing di rumah Hosam, pekerja sambilan muassasah ketika mengerjakan Haji Disember 2006 - Januari 2007. Boleh klik di SINI.



Selepas makan, kami bertolak ke Qarnul Manazil untuk bermiqat. Masjid ini tempat mengambil wudhu kena berjalan agak jauh walaupun tempat wudu dan tandas sangat besar dan selesa. Kami menunaikan solat jamak qasar Zohor dan Asar. Kemudian terus niat umrah.


Teringat kami pernah datang ke sini semasa mengerjakan Haji dulu. Tapi sayang gambar gambar di sini mengalami kerosakan memory card. Jadi tiada gambar di hadapan masjid ini yang diambil bersama ustaz ustaz.

Kali ini bas berhenti di terowong. Dari terowong itu naik escalator dan keluar dataran masjid berhampiran dengan pintu 79. Selama ini hanya mendengar sahaja kenderaan berhenti di terowong tanpa mengalaminya sendiri.

Kami berjalan balik ke hotel dulu untuk menyimpan barang barang yang dibeli di Taif. Kemudian kami turun untuk melakukan umrah dalam pukul 4.30 petang. Selepas selesai tawaf, kami menunggu waktu solat Maghrib dalam pukul 5.50 petang di dataran Kaabah. 



Kali ini kami mengambil tempat yang berhadapan dengan Maqam Ibrahim. Kami juga menunggu solat Isyak kerana jarak antara waktu Maghrib dan Isyak hanya 1 jam.  Kemudian baru naik ke tempat sai untuk melakukan sai dengan scooter elektrik.



Keluar dari tempat sai, kami terus berjalan ke Safwah Tower kerana Juita mahu membeli sejadah untuk dihadiahkan pada adik beradik dan kawan kawan.


Catat Ulasan for "Umrah 21 Januari 2023 Makan Nasi Mandy Kabsat Di Taif"