Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bubur Som Som Terpaling Sedap dan Wajib Cuba



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hari ini hari bekerja selepas cuti hujung minggu yang panjang bersekali dengan cuti perayaan Deepavali. Bagi yang tak bekerja macam saya ni, setiap hari juga adalah hari berada di rumah.

Setiap hari juga menjaga cucu, Aliya Hajar yang tinggal bersama kami selama 2 bulan ini bagi membolehkan ibu dia belajar untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Walaupun telah mendapat jawatan doktor pakar tapi ianya tidak menghentikan untuk dia terus mengejar ilmu.

Bila bersembang dengan anak saya, Nana baru saya faham tugas dan kepakaran seorang doktor yang sebetulnya tidak ada satu yang sama kerana kes pesakit yang ditemui kadang kadang mengajar sesuatu yang baru. Tidak ada seorang doktor yang tahu semua dari A hingga Z.

Nana pernah bertanya kalau mama, mana satu mama pilih doktor pakar yang menpunyai kelulusan semata atau doktor pakar yang menpunyai kelulusan dan pengalaman kerja. Yalah macam doktor yang berkelulusan dan bekerja di luar negara, cara mereka mengendalikan pesakit berbeza dengan negara kita kerana undang undang dan SOP yang berbeza. Alahai tak reti nak tulis di sini walaupun saya faham juga maksudnya. Hahaha,

Apa yang pasti, saya tahu Nana sangat serious dalam semua tugasan beliau kerana dia selalu mengatakan bahawa memang dia ingin menjadi seorang doktor atas minat sendiri, bukan terikut ikut atau bukan kerana kami sebagai ibubapa yang menggalakkkan. Perangai yang ini rasanya hampir sama dengan saya. Alhamdulillah saya bangga kerana iltizam beliau yang sentiasa mahu memberi yang terbaik terutama dalam pengurusan pesakit. Semoga dipermudahkan. 

OK setakat ini dahulu dan sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan. Tak lama lagi kita akan menghampiri bulan Ramadhan. Seperti biasa, kalau bulan Ramadhan, kita akan menyediakan kuih muih untuk berbuka kan. Haa hari ini saya ingin kongsikan resipi kuih yang mudah dan sedap.


Cari cari kuali saiz sederhana di dalam store dapur, tak jumpa pulak, nak cepat capai jer periuk Vantage 4.5L untuk dimasak bubur som som dan periuk Vantage 2.4L untuk dimasak air gula. Kedua dua periuk ini adalah set 3 dalam 1 yang boleh dibeli dari Vantage. Harganya sangat berpatutan dan sangat berbaloi baloi pulak tu. Dapat 3 periuk sekali dan pelbagai hadiah percuma pulak.

Versatile jer periuk ini kerana permukaan atasnya yang lebar, senang untuk memasak masakan yang perlu dikacau secara berterusan seperti kuih bubur som som ini. 

Serious sedap kuih ini, bubur som som dengan rasa lemak masin dan manis, aduhaaai makan bertambah tambah. Last last dalam masa 2 hari berturut turut, buat 4 adunan.  Sangat sedap, dan anda wajib mencubanya. Lagi pula membuatnya teramat mudah. 

Sebelum ini saya pernah buat Puding Som Som Pandan di SINI. Tapi saya lebih suka  Bubur Som Som asli yang berwarna putih. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
 

Bubur Som Som
Oleh: Azie Kitchen

Bahan 
1 cawan tepung beras
2 cawan santan - guna 1 kotak santan kotak + 1 cawan air 
1 cawan air
½ sudu kecil garam halus

Bahan B
150 gram gula melaka
1 ½ sudu besar gula pasir
1 ½ cawan air
1 helai daun pandan

Cara cara:
Satukan bahan A dalam periuk atau kuali. Masakkan sambil dikacau atas api sederhana kecil sehingga pekat dan berkilat serta keluar letup bup bup. 

Tutup api dan masukkan ke dalam loyang atau dalam acuan yang disukai. Biarkan sejuk dan siap untuk dinikmati dengan air gula melaka.


Sedap di makan sejuk-sejuk dari peti ais.

Untuk membuat kuah, satukan semua bahan B, masakkan diatas api sederhana sehingga semuanya mencair dan sebati. 

Renihkan atas api perlahan sehingga ianya sedikit melekit dan pekat. Boleh disimpan di dalam peti ais.  

Nota: 
Air gula ini boleh diguna untuk 2-3 adunan bubur som som.


Catat Ulasan for "Bubur Som Som Terpaling Sedap dan Wajib Cuba"