Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Simple



Seram dan menakutkan membaca berita malam tadi bila seorang wanita diculik di rumahnya dengan disaksikan oleh kedua ibubapa dan anaknya. Wanita pulak tu. Kalau kes gengster dan gaduh gaduh zaman dulu biasanya orang lelaki. 

Saya boleh merasakan kerisauan ibubapa dan anak serta suami wanita berkenaan yang juga ejen produk kosmetik. Seorang ibubapa akan lebih merasa kesakitannya jika terjadi apa apa pada anak anak berbanding dengan kesakitan yang dialami oleh anak anak. 

Saya menpunyai seorang sahabat yang bersedih dengan pemergian anaknya sehingga kini. Saya boleh merasai apa yang dirasai beliau kerana naluri seorang ibu adalah sama. Ianya berbeza dengan anak anak yang kematian ibu atau bapa. Kesedihan mungkin tidak berpanjangan. 

Berbalik pada kes culik tersebut, kita tidak pasti lagi motif penculikan tersebut kerana tiada wang tebusan yang diminta sehingga saat ini. Apa apa pun sama samalah kita berdoa agar wanita ini selamat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Aamiin. 


Hari ini saya ingin kongsikan resipi ayam masak kicap versi paling simple. Memang ada pelbagai resipi dan cara penyediaannya tapi versi ini yang paling mudah dan sedap. Terasa kicapnya, kuahnya sedikit pekat dan melekit gitu. Boleh klik di SINI untuk entri ayam masak kicap saya sebelum ini.

Ada masak kicap yang berkuah banyak dan yang berempah dengan dimasukkan rempah 4 sekawan, ada yang masukkkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Secara jujur, saya tidaklah penggemar ayam masak kicap. Tapi anak anak saya suka juga makan masakan berkicap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Masak Kicap Versi Simple 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam  
1 biji bawang besar - hiris wedges
Kicap jalen lemak manis
Air
Garam

Bahan tumbuk:
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
½ sudu besar cili kering kisar

Cara cara:
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng sekadar masak. Nota: Jangan garing. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk tumbuk sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing. 

Masukkan bawang besar, kicap dan sedikit air. Masukkan ayam yang digoreng, kacau rata.

Masak sehingga kuah pekat dan melekit. Boleh lah tutup api.


1 ulasan for "Ayam Masak Kicap Simple"