Rabu, 19 Ogos 2020

Ayam Masak Kicap Yang Pasti Menjadi Kesukaan Famili

Ayam Masak Kicap Yang Pasti Menjadi Kesukaan Famili

Ayam Masak Kicap jer pun. Tapi jangan ambil mudah benda yang kecil yang mungkin memberi manafaat besar pada orang lain. Walaupun sekarang orang tidak lagi kedekut resepi tapi ramai juga yang masih kedekut. Bukan sahaja kedekut nak share resepi tapi juga kedekut nak kongsi apa apa ilmu atau info. 

Saya pernah menanya seorang kawan, tentang info yang pada saya bukan seharusnya menjadi rahsia. Tapi terkejut besar saya bila diberitahu dia tidak dapat share. Waah risau betul takut takut business menjunam agaknya kalau dia share dengan saya. 

Pada saya, alangkah ruginya orang macam ni. Mana tahu kalau saya berjaya dia juga akan menumpang pahalanya. Di akhirat kelak, tiada lagi urusniaga dalam wang ringgit. Yang ada ketika itu, hanyalah dosa dan pahala sahaja. Lagi pun rezeki kan dah tertulis untuk setiap orang. Sejak itu, saya jadi malas nak rapat rapat dengan dia lagi. 

Berbeza pula dengan rakan kongsi beliau yang bukan sahaja berkongsi ilmu yang saya tanya tapi siap bagi nasihat dan tips untuk lebih berjaya. Walaupun saya tidak melakukannya, tapi saya sangat sangat menghargai ilmu yang diberi. Dan saya pasti Allah memberikan pahala pada beliau atas perkongsiannya. Dari jauh, saya mendoakan agar beliau diberi kejayaan di dunia dan akhirat. 

Ayam Masak Kicap Yang Pasti Menjadi Kesukaan Famili

Berbalik pada masakan hari ini pula iaitu Ayam Masak Kicap. Nampak mudah tapi mungkin pada kita nampak mudah dan kecil sahaja. Tapi pada orang lain terutama anak anak yang baru belajar memasak, ianya adalah sesuatu yang besar dan memberi manafaat. Betul tak? 

Jadi hari ini saya kongsikan lah di sini resepi Ayam Masak Kicap yang sedap dan disukai oleh ramai anak anak yang memang sukakan kicap.

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Subscribe lah sekali ya. Selamat mencuba...


Ayam Masak Kicap Yang Pasti Menjadi Kesukaan Famili

Ayam Masak kicap

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 biji bawang holland - hiris
16 sudu besar kicap lemak manis 
½ cawan minyak masak
1 sudu besar garam

Bahan tumbuk:
7 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar 
2 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Dengan menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 

Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air. 

Masukkan kicap dan garam.  masukkan bawang besar dan kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan ayam. 

Ayam Masak Kicap Yang Pasti Menjadi Kesukaan Famili


15 ulasan

  1. Hi Dear

    Thanks for sharing this premium knowledge for free of cost thanks

    thanks

    BalasPadam
  2. Thank you for sharing such amazing knowledge with us.Best wishes from samir

    BalasPadam
  3. Hi,

    Thanks for sharing this knowledge

    Thanks

    BalasPadam





  4. What a great content for beginners as well as all levels of freelancers. This is a very important article to support the desperate people and make them thorough with the contemporary happening.
    realme-sled-4k-tv

    BalasPadam
  5. Thank For the good Content. I will also share with my Friends & Once Again Thanks a lot.

    thanks

    BalasPadam
  6. nice
    https://www.digitalearthtechnologychaitanya.in

    BalasPadam
  7. Hi Infodible,

    Such an amazing article. You would love to see my https://infodible.in site as well

    Thanks once again.

    Such an amazing article. You would love to see my Top 5 Best Smartphones Under ₹20000 Budget as well

    BalasPadam


  8. Very helpful content 😊
    Thanks for sharing this content
    Happy birthday meme

    BalasPadam

Add your comment