Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Konvokesyen Juita di University of Manchester



Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung catatan percutian kami ke UK dan Scotland yang matlamat utama ialah untuk menghadiri majlis konvokesyen anakanda saya Nurjuita Amanda di University of Manchester. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini.

Setelah lebih 2 tahun majlis konvokesyen tertangguh berikutan dengan pandemik Covid 19 yang melanda dunia, akhirnya Juita mendapat berita tentang tarikh konvokesyen di mana mereka boleh memilih samada untuk menghadiri sessi March atau Julai 2022. 


Sepanjang Juita melanjutkan pengajian di sini, saya sentiasa kerisauan dan sentiasa mendoakan agar Juita lulus dalam pengajian dengan cemerlang. Juita balik ke Malaysia semasa Covid 2019 sedang teruk melanda Malaysia dan United Kingdom serta seluruh dunia. Sebelum balik, Juita tidak sempat untuk membeli apa apa kerana banyak kedai ditutup. 

Kami membayar tiket kelas business untuk Juita balik kerana risaukan kesihatan beliau sepanjang penerbangan yang memakan masa lebih dari 12 jam. Juita kemudian dibawa ke hotel di Melaka untuk dikuarantin. Beliau meneruskan pengajian secara online dari rumah. 

Sessi majlis konvokesyen Juita adalah pukul 2 petang. Jadi kami tidak lah tergesa gesa. Keluar dari apartment pukul 11 pagi dan mengambil uber untuk ke Universiti kerana tidak mahu susah mencari parking. Lagi pun dekat sahaja, charge pun tidak mahal. 

Selepas mendaftar dan mengambil jubah, kami berjalan ke pintu masuk dewan konvokesyen. Kesian Nelly dan Aween yang beku kesejukan. Mereka tak larat nak berjalan ke tempat yang disediakan untuk keluarga menyaksikan majlis konvokesyen secara live kerana terletak agak jauh dari pintu masuk dewan. Setiap kali ingatkan peristiwa ini, pasti saya rasa sangat sebak. Begitulah kasih sayang ibu pada anak anak.

Saya dan Hubby beratur di kedudukan nombor dua yang membolehkan saya memilih tempat duduk di barisan kedua. Barisan pertama dikhaskan untuk mereka yang memerlukan seperti graduan OKU. Mudah untuk saya mengambil gambar Juita ketika berjalan di atas stage. Dan Hubby pula, merakam video. 



Masya Allah saya sangat bangga dengan pencapaian Juita dan sangat bersyukur kerana dia diberi kemudahan sepanjang pengajian walaupun ada juga ujiannya. Melihat beliau berjalan di atas stage, membuatkan saya rasa sangat terharu, tidak berhenti henti mengucap syukur pada Illahi. 


Selepas selesai, kami beredar keluar untuk mengambil gambar kenangan bersama Juita dan kawan kawannya. Di sinilah kami berkenalan dengan ibubapa kawan kawan Juita.  



Bila ramai orang Malaysia, senang lah untuk mengambil gambar kami berlima. Kalau biasanya pasti akan tidak cukup quorum. Kami melayan jer Juita untuk bergambar di hari konvokesyen beliau di sekitar bangunan univerisiti yang sangat cantik.  


Selepas selesai bergambar dan memulangkan jubah, kami mengambil uber untuk pergi makan steaks di Restoran Rumps & Ribs. Maklum pagi kami hanya makan jemput bawang dan bilis sahaja sebelum ini. Memang agak lapar juga lah.


Portion untuk setiap hidangan sangat besar sehingga tak habis. Bahagian ribs nya sangat mewah dengan daging dan sangat sedap. Makan sehingga kekenyangan. Ambil uber dan terus balik ke apartment untuk berehat. 


Setakat ini dahulu dan sehingga berjumpa lagi di sambungan entri perjalanan ke London pulak. Tungguuu...


2 ulasan for "Majlis Konvokesyen Juita di University of Manchester "

  1. Alhamdulillah tahniah utk Juita & Kak Azie sekeluarga 💐

    BalasPadam
  2. Congratulations Juita, Kak Azie and family! You have such a beautiful family!

    BalasPadam