Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Shopping Di Chesire Oak Outlet dan Manchester Day 10



Assalamualaikum semua follower yang saya kasihi sekalian. Alahai bercinta betul nak habiskan catatan perjalanan saya di UK dan Scotland. Harap ada yang sudi membacanya. Ianya juga untuk rujukan saya sendiri di masa depan. Ada jer kesibukan yang melanda sehingga asyik tertangguh. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Catatan kali ini adalah aktiviti shopping di factory outlet iaitu Chesire Oak Outlet. Pagi pagi kami selepas sarapan, bertolak ke Chesire Oak dan menghabiskan masa di sana sehingga petang. Bila rasa penat, saya masuk di starbuck dan minum dan makan makanan ringan sahaja. 



Selepas dah rasa OK, saya join semula anak saya yang membeli barangan yang dipesan oleh customer mereka seperti parfum, handbag dan jam. Jadi masa banyak dihabiskan juga untuk menjawab whatsapp dan DM.


Selepas selesai semua pembelian barangan yang dipesan, kami keluar dari situ untuk makan tengahari di Dolci Haute yang dikatakan kepunyaan orang Malaysia. Tapi tak adalah pulak ownernya pada masa itu. Orang pun tak ramai lagi. 


Selepas balik, kami terus ke Primark untuk beli baju baju Ammar dan Medina. Kemudian berjalan kaki ke Selfridges untuk melihat handbag.

Balik singgah makan di kedai yang terletak berhadapan dengan bangunan parking kereta kami. Pada mulanya saya seperti tidak mahu makan kari maklumlah di Malaysia kita dah biasa makan kari. Tapi karinya sangat sedap. Tapi saya lupa pula nama restoran ini. Boleh lihat gambar di bawah jika ada yang berminat untuk mencubanya. 




OK setakat ini dahulu sehingga berjumpa lagi di entri akan datang. Salam sayang buat semua.



Catat Ulasan for "Shopping Di Chesire Oak Outlet dan Manchester Day 10"