Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM VIP Trip Jakarta Day 4 Part 1



Alhamdulillah hari ini telah tiba catatan percutian JJCM VIP Jakarta hari keempat. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Seperti biasa sebelum naik bas, kami akan turun ke lobi hotel sambil menunggu yang lain. 

Bila rasa ada peluang, kami ke depan hotel untuk bergambar kerana sangat cantik untuk dirakam kenangan. 



Perjalanan hari ini agak panjang kerana kami akan ke Taman Safari dan seterusnya ke Taman Kebun Raya. Jadi saya split entri ini kepada 2 bahagian. Perjalanan ke Puncak untuk ke Taman Safari Indonesia melalui highway Jakorawi ke Bogor memakan masa selama 1-2 jam. Kami berhenti sekali sahaja untuk yang nak ke bilik air. 

Sepanjang perjalanan, Dede, tour guide kami bercerita berkenaan makanan tradisi yang terkenal di sini. Antaranya ialah tauhu susu yang mana isinya kosong. Dimakan dengan cili padi. Ubi cilembu yang dipanggang. Tak boleh direbus dan digoreng kerana ada madu dalam ubi tersebut.

Snack kerepek tempe, pisang salai yang pelbagai rasa dari jawa Barat. Buah yang famous ialah buah. avocado yang dibuat jus. Orang Jawa barat makan buah avocada yang. dibelah dua, kemudian dikorek isinya dan campur dengan gula sahaja. Dengan cara ini, masih mengekalkan tekstur berbanding jika ianya dikisar. 

Ada yang daerah yang ada ayam cemani ialah ayam yang dari bulu mata kaki kulit darah semua nya berwarna hitam. Ikut budaya dulu dipercayai boleh menolak hal hal ghaib.

Kami ke Taman Safari Indonesia Bogor dulu. Di sini, bas yang akan memasuki taman safari akan diperiksa oleh kakitangan yang akan membilang berapa orang penumpang di dalam bas sebelum mengenakan kos dan bayaran masuk. Tiket dikenakan adalah RM100 setiap orang. 

Taman safari Indonesia berbeza dengan taman safari atau zoo di mana haiwan dan binatang yang akan tengok kita yang berada di dalam bas. Kalau nak lagi real, naik kereta atau van kerana dapat tengok haiwan dari jarak lebih dekat dengan memberi mereka makan melalui tingkap. Sebelum masuk, kita singgah  beli karot untuk diberi pada haiwan sepanjang kita melalui taman safari. 

Tapi sayang sedikit kerana singa dan harimau seperti kekenyangan kerana semuanya sedang tidur walaupun masih awal pagi. Hanya haiwan lain yang mendekati bas dan kereta minta diberikan makanan.


Selepas habis satu pusingan dalam taman safari, bas kami berhenti untuk sesiapa yang ingin ke bilik air sebelum meneruskan perjalanan ke tempat makan tengahari. Di sini kami sempat lagi berposing dan mengambil video secara berkumpulan.



Sebaik keluar dari Taman Safari, kami singgah beli ole ole. Saya beli juga ubi cilembu yang sangat sedap. Seperti ubi madu kerana ianya hanya boleh dimasak secara panggang sahaja. Tidak boleh direbus atau digoreng. Ubi ini berasal dari kawasan bernama Cilembu. 

Serious sedap dan teringat sehingga kini. Saya beli dan ada baki dibawa balik ke rumah. Masih elok dimakan walaupun setelah beberapa hari. Kalau ke sana jangan lupa dapatkan ubi cilembu yang sedap ini. 

Jeruk jeruk yang dijual juga sedap dan dikatakan tidak menyebabkan kita batuk atau sakit tekak kerana menggunakan hanya gula sahaja. Kita boleh mencuba pelbagai jeruk dan barangan yang dijual sebelum membeli. Seperti biasa, saya juga akan mencari pisang salai kegemaran saya. Di sini juga ada dijual buah avocado segar yang sangat murah. Jika ingin membawa balik, boleh beli di sini. 


Jangan lupa nantikan Part 2 untuk JJCM VIP Jakarta Day 4 di entri akan datang. Sehingga berjumpa lagi, salam sayang  buat semua... 


Catat Ulasan for "JJCM VIP Trip Jakarta Day 4 Part 1"