Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM VIP Jakarta Day 3



Alhamdulillah hari ini saya akan kongsikan catatan percutian JJCM VIP Jakarta pada hari ketiga. Boleh klik entri hari kedua di SINI

Seperti biasa sarapan pagi adalah saat kami berkumpul sebelum memulakan atucara pada hari berkenaan. Sarapan di sini sedap sedap. Saya suka makan nasi bubur dan dimasukkan kacang soya goreng. Kadang kadang sampai menambah. 

Sarapan diakhiri dengan bubur pulut hitam dan bubur sum sum yang menggunakan air gula areng yang sedap. Atucara untuk hari ketiga ialah spa dan rawatan badan untuk para isteri dan aktiviti bebas untuk para suami. 


Sementara ke pusat spa Taman Sari, kami di bawa ke Grand Indonesia Mall. Sangat besar pusat membeli belah ini. Ianya terletak bersebelahan dengan Plaza Indonesia yang lebih high end dengan terdapatnya pelbagai butik terkenal di sana. 

Selepas mencari barangan Aween di H&M. Kemudian kami ke Restoran Alun Alun untuk minum di situ. Sementara minum di situ, saya sempat mencari baju Aliya. 


Pukul 12.00 kami berkumpul menaiki bas untuk di bawa ke pusat rawatan dan hampir 3 jam di sana untuk pelbagai spa dan rawatan badan mengikut pilihan masing masing. 

Saya pula masih mengalami masalah allergi yang tidak membolehkan badan saya dilulur dan diurut. Jadi saya hanya mengambil urutan betis dan pedicure sahaja. Geng suami semua balik ke bilik untuk aktiviti yang telah mereka rancangkan.

Selepas habis spa, kami balik ke bilik untuk solat dan makan nasi goreng yang dipesan melalui grab. Kemudian terus turun ke bas untuk ke Thamrin City Mall. Kami diberi masa sehingga  pukul 6 petang untuk bershopping dsb. 

Sempat mencari baju batik untuk Ammar dan Medina di lantai 1. Oleh kerana tak ada apa yang nak dibeli lagi, kami turun minum di kafe depan pintu masuk. Masalah di sini ialah mereka tidak banyak menerima kad kredit. Jadi kena bersedia dengan wang tunai untuk membeli belah dan juga makan makan.


Kami kemudian bertolak ke tempat makan malam di Plataran Menteng yang ekslusif yang biasanya dikunjungi oleh menteri menteri. Patut lah deko dalam tandasnya pun sangat cantik. Bukan sahaja deko dalaman restoran yang cantik dan unik dengan beberapa batang pokok tua yang tumbuh di dalam restoran.



Makanan di sini semua sedap sedap dan yang paling istimewa ialah ikan kerapu kukus yang dimasak 2 jenis kukus. Isi ikannya lembut dan manis. 

Makan di sini sangat mahal hampir 9 juta rupiah. Tapi pada saya sangat berbaloi kerana ikan kukus terutamanya, sangat sedap. Ala ala chinese ikan kukus di hotel tempat kita.



Balik bilik semua dah kepenatan, kami terus balik ke bilik untuk berehat. Sehingga bertemu lagi di entri seterusnya, salam sayang buat semua...

Catat Ulasan for "JJCM VIP Jakarta Day 3"