Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM VIP Jakarta Day 2



Assalamualaikum, bertemu lagi untuk sambungan catatan percutian JJCM VIP Jakarta pada hari kedua. Kami bersepakat untuk turun bersarapan pukul 6.30 pagi. Makanan yang dihidangkan masa sarapan di hotel ini sangat sedap dan kena dengan selera saya. 

Ini juga termasuk dessert seperti bubur pulut hitam dan bubur som som yang juga tersedia waktu sarapan. Sangat sedap sehingga teringat ingat.  

Selepas sarapan, kami naik ke bilik untuk bersiap dan turun semula ke lobi untuk bertolak ke Tugu Monas (Monumen Nasional) jam 8 pagi. Sebelum menaiki bas, kami geng isteri sempat lagi bergambar di depan hotel.  


Ketika tiba di Tugu Monas iaitu ikon yang wajib dikunjungi jika ke Jakarta, orang belum ramai. Ada disediakan train untuk mereka yang mahu ke muzium. Kami memutuskan untuk tidak ke sana. Sebaliknya hanya berjalan jalan dan bergambar dari jauh sahaja. 

Mengambil gambar berlatar belakangkan Tugu Monas sangat mencabar bagi kamera atau handphone biasa kerana ianya membelakangkan matahari naik. Backlight menjadikan gambar tidak berapa cantik. 



Selepas bergambar, kami singgah di gerai yang terletak di belakang kedai yang menjual barangan cenderahati untuk minum air kelapa bagi menghilangkan rasa dahaga. 

Kami kemudian bertolak ke Pasar Mayestik untuk shopping kain lace dan lain lain fabrik. Bas berhenti di depan kedai D' Fashion. Tapi saya memilih untuk berjalan ke Centro Mode. Di sini saya membeli sepasang kain sutera satin Italy dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat kita. 


Selepas shopping di sini, kami kemudian kembali semula ke D' Fashion. Di sini kami menempah, blazer untuk Aween. Sebelum naik bas, saya sempat naik ke tingkat atas melihat kawan kawan yang masih bershopping kace lain. 

Akhirnya dengan saya sekali ikut terjebak. Saya beli lah juga sepasang kain lace dan border lace serta italian cotton. Di sini tiada 100% sutera satin Italy. 


Kami kemudian beredar untuk makan tengahari di restoran Sunda IBC. Di sini pun makanan dihidangkan semua sedap. Sup tulang nya teramat sedap. Sayuran seperti pucuk labu celur dan sawi pun sedap. Ikan keli dan ikan siakap yang dimasak belado pun sedap.



Kemudian kami di bawa ke Masjid Istiqal untuk menunaikan solat jamak takhir. Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. 

Masjid ini boleh menampung lebih daripada 200,000 jemaah pada satu satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).

Memang kena berjalan agak jauh dari tempat berwudhu jemaah wanita untuk ke ruang solat. Perlu menaiki beberapa tangga. Kawasan masjid juga sangat besar. Selepas solat, kami bergambar kenangan di hadapan masjid. 




Oleh kerana masih ada masa, kami memutuskan untuk pergi ke Thamrin City Mall. Saya terus mencari kedai yang menjual baju batik untuk membeli baju batik kaftan viscose apa pareo. Jika berminat, boleh dapatkan di Shopee anak saya di SINI.

Sementara menanti kawan kawan lain bershopping, kami singgah minum es teller. Harga es teller di sini agak mahal pada perkiraan saya dengan harga RM10 seorang dan rasanya pun tidaklah sesedap mana. Tapi mungkin orang yang bershopping di sini, tidak menpunyai banyak pilihan untuk singgah minum selepas penat pusing di mall  ini.


Rancangan untuk terus ke Grand Indonesia Mall dari Thamrin City Mall dibatalkan kerana semua telah kepenatan. Kami kemudian balik ke hotel. Selepas selesai menghantar barang shopping ke bilik, kami berjalan kaki ke McD yang terletak berdekatan hotel. 


Kami balik ke bilik rehat untuk berehat dek kepenatan kerana banyak berjalan. Nantikan entri akan datang yang lebih menarik. Sehingga bertemu lagi, salam sayang buat semua... 


Catat Ulasan for "JJCM VIP Jakarta Day 2"