Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JJCM VIP Jakarta day 1



Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, program percutiaan JJCM ke Jakarta adalah tercetus sewaktu kami berada di Hotel Thistle, Johor Bahru selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Mohd Khairi dan Datin Mai, boleh rujuk entri di SINI dan di SINI.  

Percutian ini agak istimewa kerana ianya adalah percutian VIP yang semua diuruskan oleh agen sebaik sahaja kami keluar dari kapalterbang sehingga kami semua masuk ke pintu pelepasan untuk penerbangan balik ke Malaysia. Semua urusan dari check in sehingga immigresen clearance diuruskan. 

Sepanjang perjalanan di sana juga, bas kami diiringi oleh rider bagi kelancaran kerana Jakarta memang terkenal dengan jalanraya yang sangat sesak tanpa mengira waktu.


Sesampai di KLIA, kami check in beramai ramai sebelum masuk ke restoran Old Town White Coffee untuk minum. Mana yang belum sempat sarapan, sekali memesan hidangan sarapan yang ringan sahaja. 


Kami berlepas dengan penerbangan MH0721 yang agak lewat dari masa ditetapkan. Alhamdulillah kerana nasi lemak lauk ayam yang dihidangkan, sedap dan boleh dimakan bagi mengisi perut kami yang telah mula bernyanyi. Maklumlah kami hanya mengambil sarapan ringan sahaja. 

Penerbangan tiba di Jakarta pukul 3.13 petang waktu tempatan. Kami dijemput di pintu ketibaan dan kemudian terus diescort ke bas yang sedia menunggu untuk membawa ke Hotel Grand Mercure. Terus diberi kunci bilik dan kami naik bilik solat dan berehat. 

Selepas solat maghrib, kami bersiap untuk keluar makan malam di Restoran Garuda. Makan di sini agak mahal kerana kami order sahaja pelbagai makanan. Kalau tak silap, jatuh dalam RM100 seorang. 


Yang paling saya rasa sedap ialah masak lemak kulit lembu dan masak lemak urat keting. Kalau ke sini lagi, pasti saya akan memesan lauk yang sama. Patutlah selama ini, ramai yang kata kulit lembu sangat sedap. Baru teringat kulit di kaki lembu seperti yang terkenal di Kelantan. 

Selepas makan, kami balik hotel. Bila tengok jam, masih awal lagi baru pukul 8.30 malam. Jadi kami hanya lepak lepak di lobi hotel sahaja sambil memesan minuman sehingga pukul 11 malam waktu tempatan baru kami naik bilik. 



Nantikan sambungannya di entri akan datang. Sehingga berjumpa lagi. Salam sayang buat semua.... 

Catat Ulasan for "JJCM VIP Jakarta day 1"