Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Kicap Mudah Dan Sedap



Semalam saya ada kongsikan resipi dan cara cara menyediakan sup yang sedap. Tak kiralah sup kaki ke, sup keting ke atau sup tulang. Boleh klik entri sup di SINI


Kalau di Kelantan, sup kaki merujuk kepada sebatang kaki. Dari lutut hingga ke kasut. Kalau di sini, kaki merujuk pada kaki lembu sahaja. 

Saya terlebih rajin untuk menyediakan sambal kicap. Biasanya saya makan sup tanpa sambal pun. Tapi untuk kesempurnaan, elok disediakan sambal. 

Lagi pulak, sambal kicap ni tahan lama. Boleh dimasukkan dalam bekas kering dan bersih. Simpan dalam peti ais. Sedap juga dimakan bersama soto atau cicah dengan pisang goreng. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa menonton video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Sambal Kicap Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
1 genggam cili api - 15 biji
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
½ biji bawang besar Holland

Bahan lain:
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil garam
¾ sudu besar gula
2 biji limau kasturi - diperah jus

Cara cara:
Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masakkan seketika.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan perahan limau kasturi. Setelah pekat, tutup api. 


Nota:
Jika suka, boleh digoreng dulu seketika, cili padi dan bawang putih sebelum dikisar. 

Boleh juga ditambah 1 sudu besar bawang goreng untuk menambah keenakannya. 



Catat Ulasan for "Sambal Kicap Mudah Dan Sedap "