Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Petua Untuk Sup Kaki Lembu Yang Sedap



Sup adalah salah satu masakan yang resipi dan cara penyediaannya yang pelbagai. Ada yang bahan bahan ditumis dan dituang ke dalam kuah sup. 

Ada yang hanya dimasuk tanpa ditumis. Ada yang masukkan rempah sup dan ada yang hanya masukkan sup bunjut dan lain lain lagi.


Cara mana pun yang digunakan akan tetap memberi hasil sup yang sedap jika tulang direbus lama lama sehingga tulang mengeluarkan gelatin di dalam kuah sup. Kuah akan menjadi sedikit pekat dan lebih sedap. Selepas tulang masak, renihkan di atas dapur selama 1-2 jam. 

Untuk menyediakan sup yang sedap, tak boleh menggunakan periuk tekanan kerana air tulang belum sebati di dalam kuah kerana tempoh rebusan yang pendek. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Sup Kaki Lembu Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ½ batang kaki lembu
1 batang serai
2 sudu besar rempah sup - bancuh dengan air
Rempah 4 sekawan
1 sup bunjut
1 kiub pati lembu
Garam
Sedikit gula
5-6 biji bawang merah - hiris
Sedikit minyak

Bahan kisar;
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Cara cara:
Rebus kaki lembu dengan 3 liter air atas api sederhana sehingga 3/4 masak.

Masukkan serai, rempah 4 sekawan, rempah sup, sup bunjut dan bahan kisar.

Masukkan 1 kiub pati lembu dan garam. Masukkan batang ketumbar, jika ada.

Renih atas api perlahan sehingga 2 jam atau sehingga pekat.



Sementara itu, panaskan minyak dan goreng bawang merah hiris sehingga keperangan. Tuang ke dalam sup sekali dengan minyak gorengan. Tutup periuk seketika.



Hidangkan. Tabur daun sup dan letak 1 hirisan limau nipis. Jika suka, masukkan sambal kicap. Klik di SINI untuk sambal kicap. 



Nota:
Untuk sup yang sedap, tulang mesti direbus lama supaya dapat mengeluarkan gelatin yang boleh menyedapkan dan memekatkan kuah. 



Catat Ulasan for "Petua Untuk Sup Kaki Lembu Yang Sedap "